Utusan Borneo (Sabah)

‘Adiwiraku’ rangkul lem terbaik Festival Filem Malaysia ke-29

Turut rangkul dua anugerah lagi ketepi saingan empat filem lain

-

FILEM ‘Adiwiraku’ merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) malam Sabtu (23 September 2017) lepas.

Filem arahan Eric Ong itu turut meraih dua lagi anugerah mengenepik­an empat filem lain yang turut dicalonkan kategori tersebut.

Anugerah yang turut diraih filem berkenaan adalah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik oleh Sangeeta Krisnasamy dan Cerita Asal Terbaik oleh Jason Chong.

Filem ‘Adiwiraku’ ini diangkat dari kisah benar yang mengisahka­n tentang pasukan ‘choral speaking’ Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertanding­an itu pada tahun 2015.

Dalam pada itu. filem yang mengangkat tema penghidap autisme ‘Redha’, meraih empat anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Nam Ron), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq), Pelakon Wanita Harapan (June Lojong) dan Pengarah Harapan, Tunku Mona Riza.

Anugerah Pengarah Terbaik dirangkul oleh Dain (Dain) Iskandar Said melalui filem ‘Interchang­e.’

FFM29 turut menyaksika­n penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan isteri Datin Seri Raya Erom hadir sebagai tetamu kehormat. Turut hadir Ketua Setiausaha kementeria­n Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob.

Sebanyak 24 anugerah dipertandi­ngkan pada FFM29 yang bertemakan ‘Transforma­si Citra Karya’ kali ini dan festival ini disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? FILEM TERBAIK: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyampaik­an anugerah Filem Terbaik kepada Pengarah filem‘Adiwiraku’ Eric Ong pada Majlis Malam FFM29 di PWTC pada Sabtu lepas. Turut bersama Ketua Setiausaha KKMM...
FILEM TERBAIK: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyampaik­an anugerah Filem Terbaik kepada Pengarah filem‘Adiwiraku’ Eric Ong pada Majlis Malam FFM29 di PWTC pada Sabtu lepas. Turut bersama Ketua Setiausaha KKMM...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia