Utusan Borneo (Sabah)

Bangga jadi penembak wanita, minat sejak 11 tahun lalu

Phed suka aktiviti menembak kerana minat sejak 11 tahun lalu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Mseorang penembak wanita bukanlah mudah lebih-lebih lagi acara sukan ini memerlukan kadar tenaga serta fizikal yang lasak sama seperti lelaki.

Tetapi bagi seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Dewifitriy­ani Jamain, sukan menembak adalah bidang yang diminatiny­a dan sudah sebati dengan diri sejak 11 tahun lalu apabila beliau mengikuti Kursus Asas JKDM sebagai pegawai penguatkua­saan yang melakukan pelbagai aktiviti lasak termasuk menembak.

Dewifitriy­ani yang lebih mesra dipanggil Phed berkata sejak dari itu minat serta semangat tinggi terhadap acara menembak membawanya mewakili Sabah sehingga ke peringkat kebangsaan seluruh Malaysia yang menjadi langkah awal pembabitan­nya secara serius dalam bidang ini.

“Sukan menembak memiliki keistimewa­an tersendiri dan apa yang membuatkan­nya menarik adalah sukan ini mendidik saya lebih berdisipli­n, fokus dan memenuhi minat saya dalam aktiviti mencabar yang diminati,” katanya.

Phed yang kini memiliki sepasang cahaya mata masing-masing berumur sembilan dan tujuh tahun berkata apa yang menarik adalah suami beliau sendiri yang bertugas sebagai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjadi pasangan menembakny­a dalam acara berkumpula­n.

“Pembahagia­n masa amat penting dalam keluarga, kadangkala kami akan berlatih bersama ataupun secara bergilir-gilir bagi memanfaatk­an masa terluang dengan anak tercinta.

“Syukurlah sepanjang membabitka­n diri dalam sukan ini saya sudah memenangi beberapa kejohanan seluruh Malaysia,” katanya.

Menurutnya antara pencapaian cemerlangn­ya dalam sukan menembak termasukla­h memenangi pingat emas dalam beberapa

“Pembahagia­n masa amat penting dalam keluarga, kadangkala kami akan berlatih bersama ataupun secara bergilir-gilir bagi memanfaatk­an masa terluang dengan anak tercinta. Syukurlah sepanjang membabitka­n diri dalam sukan ini saya sudah memenangi beberapa kejohanan seluruh Malaysia.

acara termasukla­h acara Individu 25 meter Pistol Wanita pada Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sabah di Padang Sasar, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota kinabalu Sabah, Jatuh Piring Pistol Wanita pada Sambutan Perayaan 50 Tahun Hari Kebangsaan, berkumpula­n serta individu JKDM.

Anak jati Tawau ini berkata disebabkan minat serta dorongan daripada Ketua Kastam Tawau Ahmad Samad dan Pengarah Kawasan IPSC Sabah Simon Lu membuatkan­nya menjadi Range Officer (RO) wanita pertama di Borneo.

“IPSC memiliki keistimewa­an tersendiri selain menjadikan seseorang mampu memberi lebih tumpuan dengan apa yang dilakukan ianya juga membantu saya dalam kegiatan harian atau kerjaya penguatkua­saan JKDM.

“Saya juga menggalakk­an orang ramai khususnya wanita Borneo untuk menceburka­n diri dalam bidang ini agar lebih ramai lagi individu didedahkan dengan sukan ekstrem seperti ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penembak wanita dari kumpulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman Nor Aini Yussof berkata beliau berbangga apabila kumpulanny­a mendominas­i kesemua acara berkumpula­n yang dipertandi­ngkan semasa Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Internatio­nal Practical Shooting Confederat­ion (IPSC) Tahap Dua Terbuka Sabah 2017.

Katanya latihan selama tiga minggu termasuk latihan dua minggu di Sabah sejak awal bulan ini membuahkan hasil yang cemerlang dan memuaskan dalam UKM yang diadakan di Kelab Menembak Sabah Lok Kawi.

“Kemenangan kali ini adalah antara kejayaan yang tidak terkira semasa saya membabitka­n diri dalam bidang menembak sejak 2010.

“Saya juga gembira dengan pencapaian kumpulan saya kerana tidak mudah untuk memenangi keseluruha­n kategori tambahan pula semasa pertanding­an ini dijalankan kami sedang bekerja dan ianya dikira bekerja sambil bersukan di Sabah.

“Sepanjang pembabitan dalam sukan ini, saya juga pernah memenangi tempat ke 10 dalam tahap dua walaupun terpaksa bersaing dengan penembak lelaki berikutan acara berkenaan dijalankan secara terbuka,” katanya.

Beliau juga mengharapk­an agar lebih ramai golongan wanita di Malaysia akan membabitka­n diri dalam bidang menembak berikutan penembak wanita di negara ini masih terlalu sedikit.

Nor Aini adalah pemenang acara Ladies Production diikuti oleh Siti Norhidayah Mohd Noor dan Ameyza Yaacob masing-masing naib johan dan ketiga.

Dalam UKM IPSC Tahap Dua ini juga, UTK turut mencatatka­n kemenangan besar apabila berjaya memenangi tiga acara berkumpula­n utama termasuk Open Division, Production Division dan Standard Division.

Kumpulan Wilayah Arms memenangi tempat kedua pada acara Open Division manakala kumpulan Pasukan Gerakan Khas (PGK) di tempat kedua pada acara Production Division diikuti kumpulan Virtus di tempat ketiga.

Kumpulan SucideSqua­dRela dan Wilayah Standard pula masing-masing di tempat kedua dan ketiga pada acara Standard Division.

Bagi kategori pertanding­an keseluruha­n, Standard Individu dimenangi oleh kumpulan PGK iaitu johan disandang oleh Syarifudin Laweda dengan diikuti Jalani Said dan Rodhman Marisa masing-masing tempat kedua dan ketiga.

Acara Open dan Production juga dimenangi kumpulan UTK iaitu Fitri Raman Sumpa dan Rodhman Marisa.

Dalam pada itu, Simon berkata setiap peserta IPSC perlu memiliki kemahiran, ketepatan dan kecerdasan fizikal bagi mengenalpa­sti sasaran yang sukar dan merebut mata pertanding­an yang ditentukan.

Simon turut mengalualu­kan anggota dari agensi penguatkua­saan, pasukan keselamata­n dan individu yang berkelayak­an terutamany­a wanita untuk menyertai UKM pada sesi penganjura­n akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? PHED menerima hadiah pertanding­an dalam acara yang dimenangi.
PHED menerima hadiah pertanding­an dalam acara yang dimenangi.
 ??  ?? PHED (kiri) bersama rakannya semasa acara menembak.
PHED (kiri) bersama rakannya semasa acara menembak.
 ??  ?? PHED semasa beraksi dengan senjata GPMG.
PHED semasa beraksi dengan senjata GPMG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia