Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki juga perlu jalani pemeriksaa­n payudara

Upah tiga migran haram bekerja di tapak pembinaan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda RM30,000 atau penjara sembilan bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan mengupah tiga migran haram.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Lim Sing Kiong@ Ah Kong, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah, yang mana pada Isnin untuk pengurusan kes.

Tertuduh didapati mengupah tiga migran haram di sebuah tapak pembinaan di daerah Sipitang, pada 20 Mei.

Atas kesalahan itu, Lim disabitkan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara selama 12 bulan, atau dengan kedua-duanya sekali.

Untuk itu, tertuduh didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan untuk setiap pekerja yang tidak memiliki pas yang sah.

Semasa rayuan, peguam Chin Tek Ming memohon anak guamnya dikenakan denda yang minimum kerana seorang pesalah pertama.

Tambahnya, akibat penangkapa­n para pekerja tertuduh, tertuduh mengalami kekurangan pekerja dan kerugian akibat kelewatan.

Dalam pada itu, Pegawai Pendakwa Juachim Abel Majanin dari Jabatan Imigresen meminta hukuman berat dijatuhkan terhadap Lim.

Sementara itu, tiga lelaki warga asing dikenakan penjara dan sebat oleh mahkamah selepas mengaku bersalah memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

Jemal Hanid dikenakan penjara empat bulan, manakala Marno Eugina dan Asrin Victor dipenjara lima bulan dan satu sebat.

Mereka yang disabitkan mengikut Seksyen 6 (1) (c) akta sama, didapati melakukan kesalahan itu pada 11 Jun dan 11 September.

Selesai menjalani hukuman itu, mereka diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng bertindak untukpenda­kwaan,manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Atas kesalahan itu, Lim disabitkan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara selama 12 bulan, atau dengan keduaduany­a sekali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia