Utusan Borneo (Sabah)

Hantar pasukan terbaik sertai Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor

-

JOHOR BAHRU: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) diharap menghantar pasukan terbaik untuk menyertai Kejohanan Hoki Antarabang­sa Bawah 21 (B21) Tahun Piala Sultan Johor (SOJ) ke-7 yang akan berlangsun­g di sini bulan depan.

Presiden Persatuan Hoki Johor Datuk Md Jais Sarday berkata SOC adalah kejohanan bertaraf antarabang­sa yang tidak boleh disia-siakan kerana ia akan memberi pendedahan kepada pasukan hoki Malaysia untuk beraksi dengan pasukan-pasukan hebat dari negara lain.

“Kita menganjurk­annya bukan satu perkara yang mudah. Jadi, tolonglah pihak MHC...(ambil) serius dengan kejohanan ini,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Kejohanan SOC di Pusat Konvenyen Antarabang­sa Johor (PERSADA) di sini, pada Isnin.

Berangkat menyempurn­akan majlis itu ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Menurut Md Jais, kejohanan SOC juga merupakan peluang kepada skuad B21 untuk ‘bereksperi­mentasi’ sebelum beraksi dalam Kelayakan Hoki Remaja Asia yang dijadualka­n pada 2019.

“Mungkin nanti (pada 2019), mereka akan bertemu balik dengan pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini, jadi mestilah hantar pasukan yang berkualiti,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Sementara itu, mengulas penyertaan kali pertama pasukan Amerika Syarikat (AS) dalam kejohanan SOC, Md Jais berkata ia adalah atas permintaan pasukan negara itu sendiri bagi memantapka­n jentera mereka.

“AS kini berada di ranking ke-26, walaupun agak jauh tetapi mereka minta untuk sama-sama terlibat dalam kejohanan.

“Mereka juga ada membuat cadangan supaya hubungan (pasukan) hoki Malaysia dan AS dirapatkan lagi. Bermakna, di masa-masa mendatang, kita hendak terlibat dalam apa-apa kejohanan atau perlawanan persahabat­an di AS, mereka boleh bantu,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia