Utusan Borneo (Sabah)

38 keluarga di Kg Layan perlu perhatian kerajaan

- Oleh ABD. NADDIN HJ SHAIDDIN

SETIAP hari berada dalam kegelapan sebab tiada bekalan elektrik, tidak mematahkan semangat sebanyak 38 keluarga nelayan di Kampung Layan Mengkabong, Tuaran untuk terus meminta perhatian daripada kerajaan.

Penduduk kampung, Magad Piut memberitah­u Kg Layan memerlukan bantuan kerajaan agar masyarakat di kampung itu menikmati bekalan elektrik sama seperti kampung lain.

Selain masalah bekalan elektrik, penduduk kampung juga terpaksa menggunaka­n sampan setiap pagi dan petang untuk mengangkut air dari kampung seberang kerana tiada bekalan air.

“Kalau boleh, biarlah penduduk kampung dapat menikmati bekalan air yang terus disambungk­an ke Kampung Layan,” katanya.

Turut dibangkitk­an ialah masalah rumah di mana tapak rumah sudah dijanjikan sejak 2013 lagi tetapi penduduk diminta terus menunggu.

“Sampai bila kami menunggu? Banyak perkara dijanjikan tetapi tidak pernah ditunaikan,” katanya.

Itulah antara masalah yang disuarakan penduduk Kampung Layan ketika Majlis Dialog Bersama Setiausaha Agung Persatuan Sama Sabah (PSS) merangkap Setiausaha Kehormat Gabungan Muafakat Persatuan Etnik Bumiputera Negeri Sabah (Magebs), Ismail Yusuf.

Sementara itu, Ismail berkata beliau akan merujuk perkara itu kepada pihak atasan khususnya Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman agar perkara itu diberikan perhatian.

Sebagai setiausaha PSS dan atas kapasiti sebagai setiausaha kehormat Magebs, beliau akan berusaha membawa permasalah­an yang dihadapi rakyat ke pengetahua­n pihak atasan agar mereka dapat pembelaan.

Dalam dialog itu, Ismail juga menekankan kepentinga­n memelihara bahasa ibunda dan kebudayaan suku kaum Sama agar ia tidak pupus ditelan zaman.

 ??  ?? ISMAIL memperkata­kan sesuatu mengenai peranan PSS dalam membela masyarakat kaum Sama.
ISMAIL memperkata­kan sesuatu mengenai peranan PSS dalam membela masyarakat kaum Sama.
 ??  ?? ISMAIL bersama penduduk Kampung Layan.
ISMAIL bersama penduduk Kampung Layan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia