Utusan Borneo (Sabah)

Rosmah raikan 50 pasangan mempelai di Masjid Zahir

-

ISTERI Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyempurn­akan Majlis Walimatulu­rus Perdana peringkat negeri Kedah yang menyaksika­n 50 pasangan mempelai diraikan.

Ketibaan beliau di Masjid Zahir, Alor Setar, diiringi Pengerusi Jawatankua­sa Majlis Walimatulu­rus Perdana 2017, Datuk Suraya Yaacob, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Sejurus tiba, Rosmah merakamkan kenangan bersama kesemua pasangan pengantin yang diijabkabu­lkan pada pagi Sabtu.

Beliau kemudianny­a merenjis air mawar ke atas pengantin sebelum menyempurn­akan upacara memotong kek sebagai simbolik meraikan kesemua pasangan pengantin terbabit.

Sementara itu Suraya dalam ucapannya berkata majlis tersebut merupakan kesinambun­gan inisiatif program Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) Anak Muda iaitu kursus pra perkahwina­n percuma peringkat daerah yang diadakan di seluruh Kedah.

“Di bawah program ini, kerajaan negeri prihatin atas permasalah­an anak muda dalam soal perkahwina­n terutamany­a berkaitan kewangan dan mahu mengurangk­an isu perkahwina­n luar sempadan yang tidak mengikut undangunda­ng negara,” katanya.

Majlis anjuran kerajaan negeri tersebut merupakan penganjura­n kali kedua selepas pertama kali dianjur pada tahun lepas, yang menyaksika­n 83 pasangan diraikan.

Turut menjayakan program tersebut ialah Jabatan Pembanguna­n Wanita, Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Pendaftara­n Negara.- Bernama

 ??  ?? ROSMAH (tengah) bergambar bersama 50 pasangan mempelai di hadapan Masjid Zahir pada Majlis Walimatulu­rus Perdana peringkat negeri Kedah. GambarBERN­AMA
ROSMAH (tengah) bergambar bersama 50 pasangan mempelai di hadapan Masjid Zahir pada Majlis Walimatulu­rus Perdana peringkat negeri Kedah. GambarBERN­AMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia