Utusan Borneo (Sabah)

Peluang melancong dengan RM200

Program Jomtravel2­00 buka peluang melancong kepada semua

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

DLifestyle Sdn. Bhd. membuka peluang keemasan kepada rakyat di negeri ini terutama mereka yang minat melancong dan mengembara menerusi program Jomtravel2­00 dan Mylifestyl­e100.

Dengan hanya RM200 sahaja semua orang boleh melancong.

Program yang baharu mula diperkenal­kan di negeri ini merupakan program membantu rakyat terutama mereka yang ingin melancong tapi tidak berkemampu­an mencapai impian di samping menjana pendapatan.

Director Marketing & Event Dusn Lifestyle Sdn. Bhd. Mohd Shazlan Abdullah berkata,Program Jomtravel2­00 berkonsepk­an ‘bantuan’, iaitu bantuan kepada ahli-ahli untuk bersama pergi melancong dengan satu konsep ‘Networking Bisness’ di mana ahli hanya perlu membayar RM200 sahaja untuk seumur hidup.

Katanya, program ini dilaksanak­an untuk kita memudahkan dan memberikan kesempatan kepada semua rakyat Malaysia untuk melancong ke destinasi-destinasi menarik di Malaysia dan luar negara.

“Sebagai permulaan di Sabah misalnya, kita membawa mereka (peserta) melawat ke Kota Belud yang mempunyai pakej-pakej pelanconga­n yang menarik seperti River Cruise untuk melihat monyet (Bayau) dan juga merasakan suasana pengalaman malam dengan kehadiran ribuan kelip-kelip.

“Dan kawasan-kawasan percutian ini akan terus ditambah pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media sempena meraikan seramai 70 orang peserta trip pertama program Jomtravel2­00 di Ballroom Oriental Hotel,di sini pada Sabtu.

Trip pertama Level 1 program Jomtravel2­00 empat hari dua malam di destinasi Sabah ini disertai seramai 70 orang peserta yang terdiri 30 peserta dari Semenanjun­g dan 40 daripada Sabah.

Turut hadir ialah Regional Director (Sabah/Sarawak) Mohd. Safrie Edmund Abdullah, State Director (Sabah)Sazali Nasib dan Riz Faizal B. Ahmad, Pengerusi Koperasi Pelanconga­n Sabah Berhad Abdul Malek Chua dan barisan pegawai Dusn Lifestyle Sdn. Bhd.

Sementara itu Mohd. Safrie berkata, trip pertama seramai 70 orang dari Sabah dan Semenanjun­g itu telah bermula pada 21 September dan berakhir pada 24 September di mana para peserta telah tinggal di Oriental Hotel secara percuma.

Katanya, sepanjang program percutian mereka telah dibawa melawat ke Taman Buaya dan Cowboy Town di Tuaran dan seterusnya ke Kota Belud bagi acara River Cruise bagi menyaksika­n kelibat monyet/ Bayau dan kunang-kunang pada sebelah malamnya.

Pada 23 September, rombongan peserta ini telah dibawa ke Zoo Hidupan Liar di Lokawi, Muzium Sabah dan ke Mari-Mari Cultural Centre dan malamnya menikmati persembaha­n air pancut berirama di Tanjung Aru Perdana Park.

Dan pada hari terakhir mereka telah dibawa membeli belah di Imago di mana setiap peserta juga turut diberikan wang saku RM100 yang merupakan antara pakej Level 1 berkenaan.

“Alhamdulil­lah, dengan adanya program Jomtravel2­00 dan Mylifestyl­e100 kami dapat membawa rakyat Sabah yang berkemampu­an dan juga yang berpendapa­tan rendah menikmati peluang pelanconga­n di samping menjana pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu Pengerusi Koperasi Pelanconga­n Sabah Berhad Abdul Malek Chua berkata, menerusi program ini usahawan-usahawan tempatan juga dapat dibantu dengan membawa para peserta program Jomtravel2­00 singgah ke lokasi perniagaan mereka.

“Keutamaan kawasan pelanconga­n akan lebih tertumpu di tempat-tempat yang popular terlebih dahulu.

“Di mana ianya untuk menarik perhatian pelanggan kita dan membuka mata mereka bahawa Sabah ini merupakan satu tempat yang mempunyai pelbagai pakej pelanconga­n yang menarik yang dapat dijadikan buah mulut untuk pelancongp­elancong lain datang ke negeri ini.

Katanya, di Sabah ini kita akan cuba pastikan kawasan pelanconga­n yang terpilih sahaja yang akan kita perkenalka­n dan kawasan seperti Kota Belud, walaupun Kota Klias dan Weston mempunyai pakej yang sama tetapi Kota Belud akan kita promotkan oleh kerana kawasannya kurang sedikit promosi dan perlu diketengah­kan.

 ??  ?? MOHD. Safrie (tiga kanan) bersama dari kanan Syahbirin, Riz Faizal, Sazali Nasib (tiga kiri) dan Abdul Malek Chua selepas sidang media.
MOHD. Safrie (tiga kanan) bersama dari kanan Syahbirin, Riz Faizal, Sazali Nasib (tiga kiri) dan Abdul Malek Chua selepas sidang media.
 ??  ?? MOHD Shazlan merakamkan kenangan bersama peserta program Jomtravel2­00 di Ballroom Oriental Hotel pada Sabtu.
MOHD Shazlan merakamkan kenangan bersama peserta program Jomtravel2­00 di Ballroom Oriental Hotel pada Sabtu.
 ??  ?? PESERTA Jomtravel2­00 menelusuri sungai bagi acara River Cruise di Kota Belud.
PESERTA Jomtravel2­00 menelusuri sungai bagi acara River Cruise di Kota Belud.
 ??  ?? KENANGAN peserta waktu senja di pesisiran pantai Tanjung Aru.
KENANGAN peserta waktu senja di pesisiran pantai Tanjung Aru.
 ??  ?? PARA peserta merakam kenangan di Cowboy Town Tuaran.
PARA peserta merakam kenangan di Cowboy Town Tuaran.
 ??  ?? MENYAKSIKA­N pertunjuka­n di Taman Buaya Tuaran.
MENYAKSIKA­N pertunjuka­n di Taman Buaya Tuaran.
 ??  ?? MENIKMATI juadah tengahari di restoran terpilih.
MENIKMATI juadah tengahari di restoran terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia