Utusan Borneo (Sabah)

Ewal tersingkir, Amir Jahari dapat pujian di

- Oleh DIANA KASSIM

DENGAN bertemakan rock, konsert kedua AF Megastar yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada malam Ahad lepas melihat Ewal mendapat markah terendah sekaligus menjadi peserta ketiga tersingkir dari program realiti itu.

Ewal yang membawakan lagu ‘Potret’ nyanyian asal kumpulan Akim & The Majistret hanya mendapat 20.9 peratus undian keseluruha­n iaitu 60 peratus daripada juri profesiona­l yang terdiri daripada Datuk Ramli M.S. dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap manakala Joe Wings sebagai juri jemputan.

Markah 40 peratus lagi daripada undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara ‘online’ di laman web rasmi www.afmegastar.com.my.

“Tak rock lah, ia lebih kepada pop. Awak perlu cari keupayaan dan identiti awak sendiri dalam lagu,” kata Ramli.

Amir Jahari, yang berasal dari Sarawak dan berada dalam tiga terbawah pada minggu lepas mendapat pujian Syafinaz pada minggu ini selepas menyanyika­n lagu ‘Pokok’.

“Awak seorang yang bijak. Awak pilih lagu rock yang progresif,” kata Syafinaz.

Pada malam itu kesemua peserta menyanyika­n lagu rock pilihan mereka sendiri dengan Idayu yang menyanyika­n lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ mendapat markah paling tinggi iaitu 62.6 peratus diikuti oleh Syamel dengan lagu ‘Still Loving You’ mendapat 54.6 peratus.

Bob, seorang lagi bintang AF Megastar yang berasal dari Sarawak mendapat 51 peratus selepas menyanyika­n lagu ‘Saat Ku Idamkan’ nyanyian asal Amy Search.

Bintang AF Megastar lain yang turut mara ke konsert seterusnya adalah Marsha (48.9 peratus), Shahir (42.6 peratus), Indah (40 peratus), Amir (35.7 peratus), dan Sufi (24 peratus).

Sufi yang menyanyika­n lagu ‘Sambutlah Kasih’ menerima anugerah persembaha­n terbaik, ‘Star of The Week’ hasil undian peminat sepenuhnya. Penyanyi yang berasal dari Singapura itu membawa pulang eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2,000 serta sebuah trofi.

Juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.

 ??  ?? TERSINGKIR: Ewal yang membawakan lagu ‘Potret’ nyanyian asal Akim & The Majistret tersingkir pada konsert AF Megastar Ahad lepas. — Gambar Facebook AF Megastar
TERSINGKIR: Ewal yang membawakan lagu ‘Potret’ nyanyian asal Akim & The Majistret tersingkir pada konsert AF Megastar Ahad lepas. — Gambar Facebook AF Megastar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia