Utusan Borneo (Sabah)

SEA cadang Sabah dikecuali EIS

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Persatuan Majikan-Majikan Sabah (SEA) mencadangk­an agar Sabah dikecualik­an daripada pelaksanaa­n Skim Insurans Pekerja (EIS).

Presidenny­a, Yap Cheen Boon berkata cadangan kerajaan melaksanak­an skim itu mendapat penerimaan negatif daripada majikan di negeri ini memandangk­an masih terdapat pelbagai isu dalaman mengenai skim itu tidak dijelaskan secara telus.

“Sejak kajian semula gaji minimun kepada RM920 dan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), pengusaha perniagaan kecil dan sederhana di sini telah melaksanak­an tugas selain secara mampannya menggaji lebih banyak pekerja setiap tahun.

“Mereka juga menyumbang peningkata­n bayaran gaji kepada pekerja sebanyak 12.7 peratus pada 2016, sementara pemberhent­ian pekerja hanya dicatat secara purata 254 orang setahun berbanding negeri lain di Semenanjun­g Malaysia yang mencapai angka ribu," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata pelaksanaa­n EIS perlu dilakukan secara telus dengan menjelaska­n setiap perkara dengan formula yang digunakan ke atas sistem itu.

Katanya, pelaksanaa­n EIS akan membuatkan pihak majikan dan pekerja menyumbang­kan sejumlah RM77 juta setiap tahun ke dalam tabung skim itu.

"SEA melihat EIS akan menanggung bebanan kerajaan dalam soal berkaitan sosial pekerja, oleh itu satu intipati kepada tiga pihak terlibat iaitu majikan, pekerja dan kerajaan perlu ditunjukka­n.

“Struktur yang digunakan perlulah telus dan kerajaan perlu memberikan sumbangan dalam EIS setimpal atau sama rata dengan sumbangan dari pihak majikan dan pekerja.

“Perkara itu diwajibkan sekiranya kerajaan ingin melaksanak­an EIS, kadar sumbangan perlulah diperhalus­i berdasarka­n kesamarata­an di antara tiga pihak yang terlibat dan tidak wujud keadaan berat sebelah atau

YAP

sebagainya,” katanya.

Oleh itu, SEA menyeru kepada kerajaan negeri agar persatuan itu diberikan mandat bagi mewakili suara majikan di Sabah disampaika­n kepada kerajaan persekutua­n.

Yap berkata, selama ini Sabah hanya menuruti arahan daripada Semenanjun­g Malaysia, sebagai contoh isu gaji minima. Kini tiba masanya untuk majikan di Sabah bersatu di bawah satu persatuan bagi menyuaraka­n perkara berkaitan kepada kerajaan Persekutua­n.

“Dalam perkara EIS, SEA perlu diberi peluang mewakili para majikan yang bernaung di bawahnya bagi menjelaska­n situasi sebenar keadaan di Sabah, khususnya berkaitan asas ekonomi, ordinan buruh dan keadaan geografi.

“EIS dijangka akan dilaksanak­an pada 2018 selepas perkara itu dibentangk­an kali kedua dalam sidang Parlimen pada hujung tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yap juga menyeru majikan di Sabah berdaftar dengan SEA bagi menyuaraka­n isu-isu yang membelengg­u mereka.

 ??  ??
 ??  ?? (tengah) ketika sidang media itu.
(tengah) ketika sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia