Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpaskan kegiatan jenayah Geng Botak

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTAK INA BALU: Kegiatan jenayah sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli Geng Botak berjaya ditumpaska­n selepas lebih dua bulan aktif dalam kegiatan samun dan peras ugut sekitar kawasan bandaraya.

Seramai sembilan suspek berumur lingkungan 17 hingga 42 tahun diberkas dalam lapan siri serbuan bermula 18 hingga 21 September lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Ch a n dr a berkata, kumpulan Geng Botak dipercayai aktif sejak Julai 2017.

“Dengan tertangkap­nya ahli kumpulan ini, polis berjaya menyelesai­kan sembilan kes samun yang melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM10,100 di sekitar daerah ini.

“Kesemua suspek yang ditahan melibatkan empat warga tempatan dan lima warga asing termasuk tujuh daripadany­a didapati positif dadah.

“Selain itu, tujuh daripada suspek turut memiliki rekod jenayah lampau yang membabitka­n kes dadah, samun, curi, dan kemasukan haram,” katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Selasa.

Beliau berkata, serbuan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini melibatkan kawasan Kampung Air, Asia City, 1Borneo dan Pekan Manggatal.

Chandra berkata, polis turut merampas sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu bersama tiga buah komputer riba, 13 telefon bimbit dan dua bentuk cincin emas.

Kesemua barang rampasan terbabit dianggarka­n bernilai RM35,000.

Menurutnya, modus operandi kumpulan berkenaan, suspek akan mengekori mangsa yang berjalan kaki dan merampas barang berharga milik mangsa dari arah belakang.

“Sekiranya mangsa melawan, suspek akan menggunaka­n kekerasan untuk mendapatka­n barang milik mangsa sebelum melarikan diri.

“Suspek juga berpura-pura meminta rokok daripada mangsa sebelum salah seorang daripada mereka menahan mangsa dengan meletakkan lengan di leher mangsa.

“Pada masa sama, seorang lagi suspek mengambil telefon milik mangsa dan terus melarikan diri,” katanya.

 ??  ?? CHANDRA (dua kiri) bersama pegawai polis IPD Kota Kinabalu menunjukka­n komputer riba dan barang rampasan lain.
CHANDRA (dua kiri) bersama pegawai polis IPD Kota Kinabalu menunjukka­n komputer riba dan barang rampasan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia