Utusan Borneo (Sabah)

Angin kencang dan hujan: Dua rumah musnah dihempap pokok

Kejadian angin kencang dan hujan petang Isnin

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN rumah Asniah yang musnah akibat kejadian angin kencang itu.

TUNGKU: Dua rumah kayu ranap dihempap pokok dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 4 petang Isnin.

Kejadian itu berlaku masing-masing di Kg Silabukan Peringkat Empat dan Kg Remang.

Pemilik rumah, Asniah Mansaduh, 47, ketika ditemui berkata kejadian itu telah memusnahka­n sepenuhnya rumahnya dan mengakibat­kan dia kini tinggal sehelai sepinggang.

Menurutnya, dia mendengar deruan angin yang kuat di belakang rumahnya dan telah menyebabka­n pokok di belakang rumahnya tumbang.

“Saya di dapur waktu itu dan saya melihat pokok itu tumbang secara perlahanla­han.

“Saya cemas melihatnya dan sempat berlari ke sudut rumah apabila pokok itu tumbang ke arah rumah saya,” katanya.

Asniahbers­yukurwalau­pun rumahnya hancur dia selamat dan hanya tangannya cedera ringan.

Di Kg Remang, warga emas Mellah Bahar, 65, berkata dia mendengar bunyi pokok tumbang diiringi bunyi yang kuat dari arah depan tepi rumahnya.

Menurutnya, dalam beberapa saat sahaja dia seakan dihayun kerana rumahnya bergoyang kuat sehingga hampir jatuh.

“Angin yang kencang telah menyebabka­n pokok di

KEADAAN

bahagian tepi rumah tumbang dan telah menghempap dapur rumah saya,” katanya.

Ketua Kg Remang merangkap Pengerusi pasukan Sukarelawa­n Bomba dan Penyelamat Kampung Remang, Abdul Hakim Sahibul, telah mengumpul penduduk kampung untuk bergotong-royong membersihk­an pokok yang menghempap rumah warga emas itu.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia pada jam 10.50 pagi Isnin mengeluark­an kenyataan amaran cuaca buruk ribut petir dan hujan lebat.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Abdul Momen Angchai, yang melawat mangsa kejadian berkata bantuan telah disalurkan berupa atap zink dan wang tunai kepada mangsa.

“Saya dan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku telah menemui mangsa kejadian itu dan buat masa ini bantuan zink serta kewangan telah disalurkan kepada mereka manakala selebihnya, saya akan berusaha mencari bantuan agar dapat meringanka­n beban mereka,” katanya ketika ditemui pagi Selasa.

Momen yang diiringi Pegawai Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Sabtu Susulan turut meluangkan masa menyertai gotong-royong itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ASNIAH
ASNIAH
 ??  ?? MELLAH
MELLAH
 ??  ?? MOMEN turut bergotong-royong bersama pasukan sukarelawa­n bomba dan penyelamat di Kg Remang.
MOMEN turut bergotong-royong bersama pasukan sukarelawa­n bomba dan penyelamat di Kg Remang.
 ??  ?? MOMEN (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan kepada Mellah diperhatik­an Sabtu (kiri) dan Abdul Hakim (dua dari kanan).
MOMEN (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan kepada Mellah diperhatik­an Sabtu (kiri) dan Abdul Hakim (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia