Utusan Borneo (Sabah)

Dua Datuk direman tiga hari berhubung kes Ladang Gatco

Seorang lagi dibebaskan berhubung kes Ladang Gatco

-

PUTRAJAYA: Dua beradik yangmasing-masingberg­elar “Datuk” direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol, Negeri Sembilan yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco.

Majistret Mohd Nor Hafidzuddi­n Yusoff mengeluark­an perintah reman sehingga 28 Sept selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang merupakan ketua eksekutif syarikat berbeza.

Kedua-dua lelaki yang berumur 54 dan 58 tahun itu ditahan dalam serbuan khas SPRM di sekitar Lembah Klang antara jam 11.40 pagi hingga 12.45 tengah hari Isnin.

Mereka berdua yang memakai baju lokap SPRM tiba di perkaranga­n mahkamah majistret kira-kira 9.25 pagi untuk prosiding reman itu.

Sementara itu, lelaki berumur 69 tahun yang berperanan sebagai penyelesai yang direman sejak Selasa lepas berhubung isu Ladang Gatco itu dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Lelaki itu ditahan setelah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 19 Sept lepas.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata lelaki berkenaan merupakan saksi penting yang menguruska­n pemindahan hak milik tanah.

Isu pertikaian Ladang Gatco bermula apabila peneroka tidak berpuas hati dengan penjualan ladang itu dan mendakwa wujud penyelewen­gan dalam penjualan tanah terbabit kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangk­an syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa ialah sekitar RM500 juta.

Kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, menyebabka­n ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.

PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioner­s Trading Corporatio­n Bhd (Gatco) pada 1977 dan Gatco menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 4.048 hektar dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.

Perancanga­n awal ladang itu akan dijadikan ladang getah namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabka­n projek itu terbengkal­ai dan tanah berkenaan dirampas sebelum ditawarkan untuk lelongan awam pada 2004 dan dibeli Thamarai Holdings pada 2007. -Bernama

 ??  ?? SALAH seorang daripada dua individu bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret pada Selasa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol yang dahulunya dikenali sebagai Ladang...
SALAH seorang daripada dua individu bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret pada Selasa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol yang dahulunya dikenali sebagai Ladang...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia