Utusan Borneo (Sabah)

PROVIM mampu jadi wadah semarakkan semangat cintakan negara: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yakin penganjura­n Projek Video Malaysia (PROVIM) mampu menjadi wadah untuk menyemarak­kan semangat kekitaan dan cintakan negara, sekali gus mengelak daripada dipengaruh­i maklumat palsu di media sosial.

Beliau berkata penyebaran mesej positif penting kerana banyak paparan tidak bertanggun­gjawab menerusi media sosial yang dikhuatiri boleh menjejaska­n perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

“Saya berharap program murni ini dapat dilaksanak­an secara berterusan bagi menyemarak­kan semangat cintakan negara,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang PRO VI M 2017 di Menara Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) di sini pada Isnin.

Video berjudul ‘Negaraku’ membawa tuah kepada seorang guru Bahasa Inggeris dari Pasir Puteh, Kelantan apabila dinobatkan sebagai juara PROVIM 2017.

Video oleh Mohammad Faiz Yaakob, 33, yang diilhamkan daripada semangat serta keupayaan luar biasa atlet Paralimpik negara dalam mengharumk­an nama negara ternyata berjaya menambat hati para juri profesiona­l.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut itu berkata beliau langsung tidak menyangka penyertaan­nya bakal menjadi juara, sekali gus membawa pulang sebuah kereta Proton Saga 1.3 CVT berserta wang tunai RM5,000.

“Saya tak sangka akan menang pada hari ini sebab video yang saya hasilkan sangat ringkas tanpa ada elemen visual serta penataan bunyi yang canggih, dan ia terhasil dengan kerjasama sekumpulan pelajar saya menerusi mesej yang dirasakan dekat di hati masyarakat.

“Apa yang hendak diketengah­kan menerusi video itu ialah saya mahu ajak orang ramai menyumbang kepada negara dengan sebarang ‘kelebihan’ yang setiap daripada kita miliki secara tersendiri, tak perlu jadi kaya atau bijak luar biasa dan sebagainya untuk dikenali di mata dunia,” katanya.

Tempat kedua dimenangi Mu ham mad Ali Zu l f a q q a r Shaf i e, menerusi videi bertajuk ‘Empat Langkah Untuk Meraikan Kemerdekaa­n’ yang membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta dua tiket pelayaran selama empat hari tiga malam ke Pulau Pinang dan Phuket serta Krabi, Thailand.

Sementara itu, video bertajuk ‘Terbang’ oleh Mohd Hanif Zulkifli meraih tempat ketiga dan membawa pulang sebuah motosikal Demak dan wang tunai RM2,000. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia