Utusan Borneo (Sabah)

Rakan DBKK diseru aktif sertai program kemasyarak­atan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyeru agensi yang berdaftar sebagai Rakan DBKK supaya aktif dalam setiap program kemasyarak­atan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan itu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, setakat ini kira-kira 35,000 yang sudah berdaftar menjadi Rakan DBKK, namun penglibata­n masih kurang memuaskan.

“Kami melihat hanya separuh daripada angka yang berdaftar sahaja menyertai aktiviti yang kita laksanakan.

“Justeru, kita menyeru supaya ahli yang sudah mendaftar bergiat aktif dan terus menyumbang kepada aktiviti kemasyarak­atan di sekitar bandaraya ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesye­n Kolej Cosmopoint ke-22, di sini pada Isnin.

Yeo berkata, agensi yang

YEO (kiri) menandatan­gani MoU bersama Najmie (kanan) bagi memperkuku­hkan kerjasama antara dua pihak berkenaan.

berdaftar sebagai Rakan DBKK akan mendapat pelbagai kelebihan seperti memperoleh DBKK Smart Card, Kupon Diskaun DBKK, berbasikal secara percuma dan banyak lagi.

Terdahulu, seramai 495 graduan Kolej Cosmopoint diraikan pada majlis berkenaan melibatkan seramai 390 dari cawangan Kota Kinabalu, manakala selebihnya graduan lulusan Kuching Sarawak.

Dalam ucapannya, Yeo berharap agar mutu pengajaran dan pembelajar­an di kolej berkenaan dapat dikekal dan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa agar memenuhi keperluan daripada pihak berkepenti­ngan sama ada sektor awam dan swasta.

Pada majlis itu, turut berlangsun­g sesi menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Kolej Cosmopoint dan DBKK bagi memperkuku­hkan jalinan sedia ada antara kedua pihak, khususnya penglibata­n pelajar.

Selain itu, turut diadakan MoU antara Kolej Cosmopoint dan Shangrila Tanjung Aru Resort dan Spa bagi memperkuku­h lagi kerjsama strategik selaku rakan industriny­a bagi tujuan latihan industri mahupun peluang pekerjaan.

Hadir sama adalah Pengurus Kanan Akademik, Pengoperas­ian Kolej Cosmopoint Sri Yanti Mohd Salmongel bersama Ketua Eksekutif Mohammad Najmie Noordin.

 ??  ?? YANTI (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan Kolej Cosmopoint pada majlis konvokesye­n itu.
YANTI (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan Kolej Cosmopoint pada majlis konvokesye­n itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia