Utusan Borneo (Sabah)

Pembantu pendaftar Mahkamah Syariah dilepas dan dibebas tuduhan rasuah

-

KUANTAN: Seorang pembantu pendaftar Mahkamah Syariah Pekan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa daripada pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,500 tiga tahun lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali melepaskan Mohd Kahar Arshad , 48 daripada pertuduhan ke atasnya setelah pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

Mohd Kahar sebelum ini didakwa menerima rasuah itu daripada seorang pembantu tadbir HurulAin Hanafi pada jam 4.20 petang, 28 Mei 2014 di Restoran D’Oasis, Jalan Putra Square, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan wang itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh membatalka­n perkahwina­n Hurul-Ain, 31, dengan suaminya Mohamad Zaki Ahmad Ghazali, 38, yang bernikah di Aceh, Indonesia yang dikatakan tidak sah selepas sijil pernikahan mereka dikeluarka­n Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand.

Tertuduh ditangkap pada 28 Ogos 2014 selepas HurulAin membuat laporan pada 27 Ogos 2014.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Alif Farhan Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Nizam Che Yassin.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia