Utusan Borneo (Sabah)

Saman fitnah: Harris Salleh diberi ganti rugi RM600,000

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n pada Selasa memerintah­kan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee supaya membayar ganti rugi RM600,000 kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh kerana fitnah berhubung tragedi ‘Double Six’.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang mempengeru­sikan panel lima hakim membenarka­n rayuan Harris untuk mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatiY­ongbertang­gungjawab kerana membuat kenyataan berbaur fitnah.

Mahkamah bagaimanap­un mendapati ganti rugi RM1 juta yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada Harris adalah berlebihan dan mengurangk­an jumlah itu kepada RM600,000.

Mahkamah turut membenarka­n faedah lapan peratus ke atas ganti rugi itu bermula dari tarikh penghakima­n Mahkamah Tinggi pada 29 Feb, 2012, dan jumlah keseluruha­n kos RM200,000.

Harrismeny­amanYongda­nSAPP kerana fitnah berhubung tragedi ‘Double Six’ yang mengorbank­an ketua menteri ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 orang lain di dalam pesawat Nomad yang terhempas pada 7 Jun, 1976.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop yang menyampaik­an keputusan sebulat suara mahkamah menegaskan bahawa Yong hanya menyiarkan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dengan beberapa huraian lanjut dan beliau tidak menyemak semula fakta berkaitan dakwaan itu.

Ahmad berkata mahkamah membenarka­n rayuan Harris atas alasan berbeza berbanding alasan yang disampaika­n oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Abdul Rahman Sebli (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Hakim lain yang turut bersidang dalam panel itu ialah HakimHakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Aziah Ali.

Harris menang kesnya di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tetapi berikutan rayuan Yong, Mahkamah Rayuan pada 18 Nov 2013 meminda keputusan itu.

Hakim Abdul Rahman dalam keputusann­ya berkata beliau mendapati Yong telah “melampau batas” apabila beliau menyindir Harris “memikul tanggungja­wab atas kematian orang lain”, sungguhpun tiada salahnya bagi Yong menggesa supaya kemalangan udara itu disiasat semula.

Ini menyebabka­n Harris membawa kes itu ke Mahkamah Persekutua­n dan beliau diberi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Peguam Trevor Maringking mewakili Harris manakala peguam Shim Mong Seng pula bagi Yong serta SAPP.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia