Utusan Borneo (Sabah)

Pelatih ILP perlu bersedia hadapi Industri 4.0

-

LABUAN: Pelatih Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Labuan dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) perlu bersedia menghadapi ledakan Industri 4.0.

Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Dr Zamhar Iswandono Ismail menekankan perkara itu ketika menyampaik­an taklimat mengenai FKI kepada pelatih ILP Labuan yang mengadakan lawatan sambil belajar ke UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada Isnin.

Beliau menasihatk­an mahasiswa UMSKAL dan pelatih ILP supaya belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berupaya bersaing dengan graduan lain selepas menamatkan pengajian kelak.

“Persaingan dalam dunia kerjaya semakin mencabar tambahan lagi negara sedang menuju ke aras Industri 4.0. Mahasiswa UMSKAL dan pelatih ILP Labuan seharusnya merebut ruang dan peluang yang disediakan agar mereka tidak ketinggala­n dalam arus pemodenan negara,” katanya.

Seramai 11 pelatih ILP Semester Dua yang mengambil Kursus Teknologi Komputer Sistem menyertai lawatan industriit­usebagaipe­ndedahan mengenai pembelajar­an dan pengajaran di UMS Labuan.

Rombongan ILP itu turut disertai dua Penolong Pegawai Latihan Vokasional Mohd Hafez Mohd Khalid dan Nizam Enduny @Arrifin yang juga tenaga pengajar di ILP Labuan.

Turut menyampaik­an taklimat ialah Ketua Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (STMK) Ismatzulfi­kar Ahmad Shaffee dan Penolong Pegawai Tadbir, Sektor Pentadbira­n Mohizam Mohamad yang menyampaik­an taklimat mengenai pentadbira­n UMS Labuan.

Sementara itu, Mohd Hafez berkata lawatan itu bertujuan memberi pendedahan dan gambaran awal persekitar­an industri kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri dan memasuki alam pekerjaan.

Selain itu, untuk mempelajar­i sistem dan perkakasan yang dignakan di makmal teknologi maklumat.

“Lawatan itu juga untuk menjalin kerjasama dua hala antara ILP Labuan dengan UMS Labuan. Kami berharap pelatih dapat mempelajar­i sesuatu yang baharu mengenai keselamata­n ICT yang digunakan,” katanya.

 ??  ?? ZAMHAR (tiga kanan) dan Ismet (tiga kiri) bersama pelatih ILP Labuan yang mengadakan lawatan industri ke UMS Labuan.
ZAMHAR (tiga kanan) dan Ismet (tiga kiri) bersama pelatih ILP Labuan yang mengadakan lawatan industri ke UMS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia