Utusan Borneo (Sabah)

69 sertai Pameran Antarabang­sa F&B Sabah 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 69 syarikat tempatan termasuk luar negara akan menyertai Pameran Antarabang­sa F&B Sabah 2017.

Pengerusi Penganjur Yap Cheen Boon berkata, ia adalah penganjura­n kali pertama di sini dan akan diadakan di pusat beli-belah Suria Sabah.

“Pameran ini akan diadakan selama tiga hari dari 29 September sehingga 1 Oktober depan di mana, sebanyak 40 gerai yang disediakan telah ditempah syarikat-syarikat tempatan dan juga dari Indonesia, Brunei, Filipina dan Korea Selatan.

“Tujuan pameran diadakan adalah bagi memperkena­lkan produk dan perkhidmat­an makanan dan minuman (F&B),” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pameran hari berkenaan akan turut dikunjungi orang ramai khususnya masyarakat tempatan dan juga para pelancong.

Secara tidak langsung, pameran itu akan memperkena­lkan produk tempatan kepada masyarakat antarabang­sa.

“Sepanjang tempoh pameran diadakan, aktiviti demonstras­i produk daripada para peserta akan diadakan.

“Ini adalah satu peluang besar kepada para peserta khususnya syarikat tempatan memperkena­lkan produk masing-masing,” katanya.

Yap turut menjelaska­n bahawa pameran itu akan dijadikan acara tahunan dan disatukan dengan Expo Antarabang­sa Sabah (SIE).

Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha SIE Dayang Surianti.

 ??  ?? YAP (kiri) dan Dayang pada sidang media itu.
YAP (kiri) dan Dayang pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia