Utusan Borneo (Sabah)

Selesaikan masalah perparitan di Jalan Lintas Sibuga

-

SANDAKAN: Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) diminta berkerjasa­ma menyelesai­kan masalah Jalan Lintas Sibuga, yang sering ditakungi air lebih 1 meter apabila hujan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, masalah itu perlu segera diselesaik­an kerana jalan bersebelah­an Taman Anggerek itu merupakan jalan utama penduduk Taman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas.

Beliau berkata masalah itu telah berlarutan sejak enam bulan lalu. Apabila hujan turun jalan terbabit akan ditakungi air sepanjang lebih 200 meter dan menyukarka­n penduduk untuk keluar masuk taman berkenaan.

Jelasnya, air bertakung itu bukan sahaja telah menjadi masalah kepada penduduk di 500 unit rumah Taman PPR Lintas malah turut menghantui penduduk di taman perumahan berhampira­n.

“Setiap kali hujan, jalan ini dilimpahi banjir sehingga lebih 1 meter... kereta pun sukar untuk melaluinya dan perkara ini sudah berlaku lama sejak penimbusan tanah bersebelah­an jalan ini.

“Kita mencadangk­an Majlis Perbandara­n Sandakan yang ada kuasa untuk mengarahka­n setiap pembanguna­n di Sandakan ini memberi surat kebenaran kepada pihak JPS untuk membuat atau memperbetu­lkan saluran air ini supaya alirannya lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau keadaan jalan PPR Jalan Lintas Sibuga pada Isnin.

Samsudin berkata, air bertakungi­tumengambi­lmasa lama untuk surut, disebabkan air terperangk­ap akibat pemilik tanah bersebelah­an jalan menimbus kira-kira 2 meter tinggi daripada jalan itu serta tidak membina atau mempunyai sistem perparitan yang sempurna.

Beliau menggesa pihak pemaju atau persendiri­an yang ingin menimbus tanah mereka sama ada untuk pembanguna­n atau tidak, agar terlebih dahulu mendapatka­n kebenaran pihak MPS selain mendapat kerjasama daripada JKR dan JPS.

Langkah berkenaan jelasnya, sekurang-kurangnya akan mendapat pelan yang lebih sistematik daripada pihak berkaitan bagi mengelak kejadian ya!ng tidak diingini berlaku seperti banjir kilat.

“Saya mohon agar permasalah­an yang melibatkan kepentinga­n rakyat tidak dibiarkan berlarutan sehingga tempoh yang agak lama, yang mana ia boleh membawa kepada kemarahan rakyat serta mengundang pelbagai persepsi yang negatif terhadap kerajaan.

“Saya memohon kerjasama pihak JPS, MPS dan JKR agar dapat mengenal pasti punca masalah berlakunya banjir di kawasan itu, dan seterusnya menyelesai­kannya dalam kadar yang segera,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan kerja itu ialah Jurutera Bahagian JKR Daerah Sandakan Haji Saminan, Jurutera JPS Daerah Sandakan Raymond Hiew dan Ketua Puteri Umno Batu Sapi Hazulizah Md Dani.

 ??  ?? SAMSUDIN bersama pegawai JKR, JPS dan MPS meninjau keadaan sistem perparitan yang menyebabka­n air bertakung dan berlakunya banjir di Jalan Lintas Sibuga.
SAMSUDIN bersama pegawai JKR, JPS dan MPS meninjau keadaan sistem perparitan yang menyebabka­n air bertakung dan berlakunya banjir di Jalan Lintas Sibuga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia