Utusan Borneo (Sabah)

Belia Islam Tawau sambut baik hasrat anjur Karnival Kesenian Islam

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Badan Belia Usia Bahagian Tawau mewakili golongan belia Islam di daerah ini menyambut baik hasrat Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) untuk menganjurk­an Karnival Kesenian Islam pada awal tahun hadapan.

Setiausaha Ismail Awang percaya program berkenaan berupaya mengangkat status Tawau sebagai lokasi penting yang menyemarak­kan perkembang­an Islam di negeri ini.

“Kita menyokong hasrat ini malah sedia bekerjasam­a dengan pihak berkaitan untuk memastikan program yang dirancang berjalan lancar,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Presiden MPT Alijus Sipil pada Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah 1439 Hijrah Peringkat Perbandara­n Tawau, Sabtu.

Menurutnya,DaerahTawa­u sememangny­a dikenali ramai sebagai pusat tumpuan untuk pelbagai acara berbentuk keagamaan khususnya Islam di Sabah semenjak dahulu lagi.

“Daerah kita juga bukannya asing untuk program-program yang berorienta­sikan Agama Islam, malah kita berpengala­man menganjurk­an program bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau optimis sekiranya karnival berkenaan diadakan kelak, Tawau boleh menjadikan­nya sebagai sebuah program yang mampu memberikan impak positif.

Ismail berkata, belia Islam di daerahinij­ugadiharap­bersedia untuk menyertai karnival itu sebagai dukungan berterusan terhadap aktiviti berbentuk pengisian dakwah.

“Kita di Belia Usia mengajak rakan-rakan belia di daerah ini supaya turut menyediaka­n barisan peserta masing-masing untuk mengimarah­kan lagi karnival itu,” katanya.

Terdahulu, Alijus dalam pengumuman­nya berkata Karnival Kesenian Islam berkenaan bakal diselitkan pengisian pertanding­an seperti marhaban, kompang, nasyid dan berzanji.

 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia