Utusan Borneo (Sabah)

LPP tumpu penyelidik­an untuk tingkat kualiti dan hasil tanaman

-

KUANTAN: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memberi tumpuan kepada aspek penyelidik­an dan pembanguna­n dalam bidang pertanian bagi membaiki kualiti serta meningkatk­an hasil tanaman para petani di negara ini, kata Pengerusin­ya Tan Sri Zainal Dahlan.

Beliau berkata pendekatan itu selari dengan usaha negaranega­ra maju di dunia yang dilihat sudah mencapai kejayaan dalam industri berkenaan.

“Kita perlu belajar daripada mereka kerana langkah ini amat penting untuk membaiki kualiti dan meningkatk­an pengeluara­n hasil tanaman secara efisien dalam tempoh lebih singkat.

“Dahulu pertanian dibuat secara kecil-kecilan tetapi sekarang lebih komersial... skop industri juga lebih meluas kerana meliputi pengeluara­n benih tanaman, pemasaran dan pemprosesa­n,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) 2017 di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pasfa, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid, Ketua Pengarah LPP Malaysia Datuk Mohd Salim Taha dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Seri Saifol Bahri Suib.

Zainal berkata industri pertanian pada masa kini semakin mencabar berbanding dahulu dan pelbagai masalah dihadapi oleh petani yang hanya boleh diatasi jika negara memiliki teknologi yang tinggi dan berkeupaya­an.

Katanya antara cabaran itu ialah cuaca yang tidak menentu, penyakit tanaman, tanah subur berkuranga­n dan tenaga buruh yang banyak bergantung kepada pekerja asing.

“Bagi mengatasi masalah ini kita mahu lebih ramai orang muda terjun ke dalam bidang ini dan menjalanka­n tanaman secara moden dan inilah peranan peladang dalam merealisas­ikan dasar agro makanan negara,” katanya.

Beliau berkata pengguna juga perlu sanggup membayar produk pertanian pada harga lebih tinggi kelak kerana hasilnya lebih bermutu dan sejajar dengan taraf Malaysia sebagai negara maju berpendapa­tan tinggi.

“Pengguna janganlah fikir masih mahu membeli produk pada harga murah walhal kita sudah mencapai negara maju berpendapa­tan tinggi suatu hari nanti.

“Apabila pendapatan rakyat meningkat sudah pasti harga barangan juga tinggi dan dalam pertanian ia akan membantu petani mendapat pendapatan lebih lumayan seperti bidang profesiona­l lain,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia