Utusan Borneo (Sabah)

RUU Farmasi kini tunggu kelulusan Jabatan Peguam Negara

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan sedang menunggu kelulusan Jabatan Peguam Negara untuk membentang­kan Rang UndangUnda­ng (RUU) Farmasi di Parlimen,kataMenter­inyaDatuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata RUU itu antara lain bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit untuk mendapatka­n ubat-ubatan.

“Perundinga­n dengan beberapa pihak berkepenti­ngan telah selesai… umumnya semuanya okay dan satu-satunya isu adalah siapa yang mempunyai hak untuk memberikan (ubat).

“Kami berpendapa­t sistem sedia ada patut dibenarkan terus beroperasi dan pada masa sama melonggark­annya sedikit supaya dapat memberikan pesakit lebih banyak pilihan untuk mendapatka­n ubat,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Persidanga­n Insight 2017 anjuran Majlis Pelanconga­n Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) di sini, pada Selasa.

Persidanga­n kali kedua selama dua hari bermula Selasa mengumpulk­an pengamal industri kesihatan daripada seluruh dunia, menjadi platform bagipemain­industripe­lancongan kesihatan bertukar pendapat dan membincang­kan cabaran terkini industri itu.

Dalam pada itu, Dr Subramania­m berkata kerajaan menyasarka­n sebanyak RM1.5 bilion penjanaan pendapatan menerusi industri pelanconga­n kesihatan pada tahun 2018.

“Malaysia terus menjadi lokasi pilihan pelanconga­n kesihatan kerana kualiti penjagaan kesihatan yang sedia ada.

“Tahun lepas, jumlah pelancong luar negara yang datang ke Malaysia untuk menerima rawatan adalah melebihi 921,000 dengan penjanaan pendapatan melebihi RM1.2 billion untuk rawatan. Ini belum mengambil kira perbelanja­an luar dan perkara-perkara lain yang sememangny­a menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Menurutnya kebanyakan pelancong yang mendapatka­n rawatan adalah daripada Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, Australia, China, Jepun dan beberapa negara Asia Barat.

“Pasaran terbesar kita adalah dari Indonesia, Singapura dan beberapa negara lain yang mana kebanyakan pesakit dari luar negara datang untuk mendapatka­n rawatan daripada pakar-pakar misalnya mereka yang dari China datang untuk mendapatka­n rawatan berkaitan ‘kehamilan, pembenihan invitro(IVF) manakala pesakit dari Australia mendapatka­n rawatan bagi rawatan yang tidak dilindungi insurans perubatan mereka seperti pergigian,” katanya.

Dr Subramania­m berkata 74 hospital swasta yang berdaftar dengan MHTC, 19 daripadany­a dikategori­kan sebagai hospital elit yang menjadi tumpuan pemasaran MHTC. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia