Utusan Borneo (Sabah)

Lebih ramai

‘Geng Pak Su’ akan didakwa

-

ALOR SETAR: Polis Kedah mendedahka­n lebih ramai anggota ‘Geng Pak Su’ yang terbabit dalam jenayah penyeludup­an di sempadan akandihada­pkankemahk­amah susulan pendakwaan terhadap ketuanya dan tiga anggota kumpulan itu di Mahkamah Sesyen pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata mereka akan didakwa dalam masa terdekat menurut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

“… jumlah ahli yang akan dituduh akan diberitahu kemudian.

“Ini merupakan kali pertama pertuduhan dibuat terhadap jenayah penyeludup­an di sempadan dan kita berharap ia akan memberi impak kepada kegiatan penyeludup­an dan kumpulan-kumpulan penyeludup yang lain,” katanya kepada pemberita di perkaranga­n kompleks mahkamah di sini.

Beliau hadir di kompleks mahkamah itu bagi mengikuti prosiding pendakwaan melibatkan ketua ‘Geng Pak Su’, Johari Ariffin, 35 bersama-sama tiga lagi anggota kumpulan itu - Rosidi Aziz, 35, Norazif Ahmad, 37, dan Shahadan Salim, 38 yang dituduh menyertai kumpulan jenayah terancang.

Sementara itu, mengulas perkembang­an kes seorang pegawai rendah polis maut ditembak dalam kejadian di perkaranga­n sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra pada 18 Ogos lalu, Mior Farid berkata siasatan masih berjalan.

“Siasatan akan diteruskan sehingga semua yang terlibat ditahan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54 yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman maut selepas terkena empat daripada enam tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian 10.25 malam itu.

Polis dilaporkan berkata mereka percaya kejadian itu ada kaitan dengan aktiviti pembantera­san di bawah Akta Pencegahan Jenayah di Bukit Kayu Hitam yang dijalankan sejak dua minggu sebelum insiden tersebut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia