Utusan Borneo (Sabah)

Penulis Turki ditahan atas permohonan TCO PDRM

-

PUTRAJAYA: Penulis warga Turki, Mustafa Akyol yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, telah diserahkan kepada Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata ketua pasukan bertugas JIM KLIA menerima permohonan ‘kesan dan tahan’ daripada pihak TCO berkaitan lelaki tersebut pada kira-kira 6 petang Isnin.

Katanya edaran makluman penahanan dihebahkan kepada semua kaunter pemerikaan imigresen dan lelaki itu ditahan di kaunter 17 balai berlepas KLIA pada kira-kira 9 malam.

“Penyelia bertugas telah menghubung­i pihak TCO dan subjek telah diserahkan kepada pihak TCO pada 9.30 malam,” kata Mustafar dalam kenyataan, di sini pada Selasa.

Portal-portal berita melaporkan Akyol yang juga seorang wartawan, dijadualka­n berlepas ke Istanbul, Turki menerusi penerbanga­n 11.35 malam sebelum beliau ditahan oleh JIM.

Akyol dilaporkan berada di negara ini bagi menyampaik­an syarahan bertajuk ‘The Islamic Jesus: The Commonalit­ies Between Judaism, Christiani­ty and Islam’ di Nottingham University Malaysia pada 2.30 petang Isnin.

Bagaimanap­un, syarahan yang dianjurkan Islamic Renaissanc­e Front itu dilapor dibatalkan selepas Akyol dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n pada Ahad. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia