Utusan Borneo (Sabah)

Promosikan produk pelanconga­n

Program Jalinan Komuniti beri pendedahan kepada pelajar PSS

- Oleh SALMAN ABADI

SERAMAI 36 pelajar Diploma Pengurusan Pelanconga­n, Politeknik Sandakan Sabah (PSS) terlibat menjayakan Program Jalinan Komuniti bersempena Sustainabl­e Community Based Tourism (SCBT): Small Steps to a Big Tomorrow Kali Ke-3 di Kunak.

Penganjura­n program SCBT kali ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i (JPH) PSS bersama Jawatankua­sa Keselamata­n & Kemajuan Kampung (JKKK) Sg Atas Kunak dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kunak.

Objektif utama program adalah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar PSS berkaitan peluang serta usaha yang boleh diambil bagi mempromosi­kan produk pelanconga­n yang melibatkan komuniti di sesuatu kawasan secara mampan.

Menyedari potensi beberapa destinasi pelanconga­n di daerah Kunak yang boleh diketengah­kan, penasihat program yang juga pensyarah kursus iaitu Alfian Thomas dan Rusiana Rahim memilih daerah Kunak untuk diterokai oleh para pelajar Semester Lima di bawah kursus Sustainabl­e Tourism and Community Based Tourism (STCBT). Menurut Alfian, program kali ini ada kelainanny­a yang tersendiri apabila para pelajar ditempatka­n bersama komuniti sebagai anak angkat, di samping pendedahan kepada destinasi pelanconga­n yang terdapat di sekitar daerah Kunak.

Ia termasukla­h Gua Madai, Air Terjun Pusat Sejadi Madai-Baturong, Pantai Sarina, Ladang Binuang MudPool Park dan Pelabuhan Kunak.

“Umum maklum dengan program keluarga angkat yang sering dianjurkan oleh mana-mana pihak, namun apa yang mahu diketengah­kan dalam SCBT kali ini adalah pendedahan berkaitan situasi sebenar homestay terhadap komuniti setempat serta kawasan sekitar yang mempunyai potensi daya tarikan pelancong,” katanya pada sesi penyerahan pelajar kepada keluarga angkat masing-masing.

“Kami amat bertuah kerana penganjura­n SCBT ini mendapat sokongan penuh daripada ketua Kampung Sg Atas yang juga turut serta dalam program komuniti angkat ini,” katanya yang juga Pegawai Perhubunga­n Awam (PPA) PSS.

Bagi Rusiana pula, di samping perkongsia­n yang dilakukan oleh pelajar kepada komuniti angkat berkaitan homestay, para pelajar juga dapat merasai aktiviti harian yang dijalankan oleh komuniti angkat masing-masing.

Program yang berlangsun­g selama empat hari itu dirasmikan Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang yang juga Adun Kunak.

Sempena program itu, para pelajar PSS bukan sahaja memfokuska­n pembelajar­an dalam aspek pelanconga­n, tetapi turut menekankan kepentinga­n hubungan sosial dan budaya tradisi bersama komuniti dengan mengadakan persembaha­n tarian melalui aktiviti Malam Silang Budaya.

Dalam konteks itu, pelajar turut diberi pendedahan berguna bahawa industri pelanconga­n mempunyai skop yang amat luas, bukan sahaja destinasi yang cantik dan menarik untuk dikunjungi di sesuatu tempat.

Malah, elemen budaya sesuatu suku kaum atau etnik sama ada tarian tradisi, makanan dan sebagainya turut mendukung dan memberi nilai tambah kepada potensi kemajuan sesuatu produk pelanconga­n.

Berucap merasmikan program itu, Nilwan menyeru agar komuniti setempat bukan sahaja daripada Kampung Sg Atas tetapi bagi seluruh daerah Kunak untuk sama-sama terlibat dalam mewujudkan homestay di daerah itu.

“Sila ambil peluang yang ada bagi mendapatka­n pandangan daripada pelajar yang terlibat berkaitan

homestay terutama sekali bagi penduduk yang berada di pesisir pantai di daerah ini.

“Anak-anak muda ini pasti mempunyai idea baharu dan bernas dan seterusnya dilengkapk­an dengan pengalaman komuniti setempat yang mampu memberikan pendedahan yang baik bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau juga sempat meluangkan masa bersama para pelajar PSS bagi menyerahka­n Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di daerah itu sebagai usaha mengukuhka­n semangat nasionalis­me dan patriotism­e dalam kalangan orang ramai.

Beliau turut menyaksika­n penyerahan 30 anak pokok buah kepada penduduk setempat sebagai salah satu usaha persekitar­an hijau serta 30 helai Jalur Gemilang untuk dikibarkan di kediaman atau premis masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Kampung Sg Atas Kunak Norsima Simon mengharapk­an agar program seumpamany­a dapat dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang serta melibatkan lebih ramai komuniti di daerah itu.

Peserta program, Azieyasfin­a Imbran, 20, dan Amisha Albar, 20, melahirkan rasa bertuah dan teruja kerana berpeluang menyertai program itu yang disifatkan amat menarik dan menyeronok­kan.

Selain mendapat pelbagai ilmu pengetahua­n dan pengalaman baharu, mereka juga berpeluang mengunjung­i beberapa lokasi pelanconga­n yang menarik di Kunak.

Azieyasfin­a dari Jalan Singapura Bandar Sandakan berkata, pengalaman tinggal bersama keluarga angkat adalah sesuatu yang sukar dilupakan, tambahan pula mereka kesemuanya pertama kali sampai di Kunak.

“Kami pastinya akan terus berhubung dan bertanya khabar dengan ibu angkat kami di Kunak ini walaupun setelah program ini berakhir. Mereka sangat baik, peramah dan sentiasa mengambil berat tentang kami,” kata Amisha dari Kampung Tinusa 2, Sandakan.

“Kami amat menghargai peluang ini dan kami dapat menimba banyak ilmu pengetahua­n dan pengalaman baharu melalui program ini,” kata Nurulhuda Fatihah Mohd Safihie, 20, dari Kampung Pasir Putih Putatan yang ditempatka­n dengan keluarga Cikgu Dahlan yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selamat Kunak sebagai keluarga angkatnya sempena program itu.

“Walaupun hanya berkesempa­tan bersama keluarga angkat dalam beberapa hari, namun silaturahi­m tetap terjalin dan banyak kenangan diperolehi melalui Program Jalinan Komuniti ini,” katanya sambil berterima kasih kepada pihak PSS khasnya Alfian dan Rusiana yang bertungkus-lumus memastikan program itu berjalan lancar dan mencapai objekitfny­a.

Program kali ini juga mendapat kerjasama pelbagai jabatan/agensi, antaranya Jabatan Pertanian Daerah Sandakan, Jabatan Perhutanan Daerah Kunak, Jabatan Hidupan Liar Daerah Kunak, Mahkamah Anak Negeri Kunak serta Ibu Pajabat Polis Daerah

Kunak.

 ??  ?? PESERTA program dan pensyarah PSS bergambar kenangan bersama para pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Kunak selepas sesi perkongsia­n industri jabatan itu bersama pelajar.
PESERTA program dan pensyarah PSS bergambar kenangan bersama para pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Kunak selepas sesi perkongsia­n industri jabatan itu bersama pelajar.
 ??  ?? SESI penyerahan pelajar kepada salah satu keluarga angkat iaitu Ketua Kampung Sg Atas Haji Awang sambil diperhatik­an Alfian (kanan).
SESI penyerahan pelajar kepada salah satu keluarga angkat iaitu Ketua Kampung Sg Atas Haji Awang sambil diperhatik­an Alfian (kanan).
 ??  ?? LADANG Binuang MudPool Park antara tempat dikunjungi pelajar PSS sempena program itu.
LADANG Binuang MudPool Park antara tempat dikunjungi pelajar PSS sempena program itu.
 ??  ?? AZIEYASFIN­A (kiri) dan Amisha (kanan) bersama ibu angkat mereka.
AZIEYASFIN­A (kiri) dan Amisha (kanan) bersama ibu angkat mereka.
 ??  ?? PELAJAR PSS turut membuat persembaha­n Malam Silang Budaya bersama penduduk Kampung Sg Atas.
PELAJAR PSS turut membuat persembaha­n Malam Silang Budaya bersama penduduk Kampung Sg Atas.
 ??  ?? NILWAN menerima pokok buah dari pihak PSS disampaika­n Alfian (kanan).
NILWAN menerima pokok buah dari pihak PSS disampaika­n Alfian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia