Utusan Borneo (Sabah)

Candi Borobudur misteri warisan Buddha

-

PERJALANAN kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Adisutjipt­o, Yogyakarta ke Borobudur hampir tidak terasa dengan pemandanga­n yang indah serta bangunan-bangunan bersejarah yang sentiasa mencuri perhatian.

Keasyikan menghayati setiap keindahan tersebut lebih mengagumka­n lagi sebaik sahaja memasuki kawasan Borobudur apabila melihat kuil terbesar di dunia iaitu Candi Borobudur yang tersergam indah dengan keunikan reka bentuknya.

Menyimpan pelbagai misteri menjadikan kuil tersebut tidak pernah sunyi daripada kehadiran pengunjung serata dunia termasuk ahli arkeologi yang cuba merungkai misteri kuil tersebut sejak mula ditemui pada 1815.

Candi Borobudur yang dibina daripada batu yang terhasil daripada letusan gunung berapi dibaik pulih kerajaan Indonesia bersama UNESCO sekitar 1970an dan mengambil masa lapan tahun.

Dianggarka­n UNESCO membelanja­kan sekitar AS$25 juta untuk kerja-kerja membaik pulih kuil tersebut.

Pelbagai tarikan termasuk pemandanga­n matahari terbit menjadikan Candi Borobudur mula dibanjiri pengunjung seawal jam 4 pagi setiap hari.

Selain itu, dinding di kuil tersebut dihiasi pelbagai ukiran yang menggambar­kan kehidupan Buddha cukup menarik perhatian menyebabka­n ramai penganutny­a menghabisk­an masa bertahunta­hun untuk mendalami maksud setiap ukiran tersebut.

Tidak dinafikan juga, ada pihak mengklasif­ikasikan ukiran yang ada pada dinding kuil tersebut adalah ‘dokumentas­i’ terbesar dan paling lengkap mengenai Buddha.

Kuil yang berkeluasa­n 123x123 meter ini memiliki 504 patung Buddha dan 72 stupa berbentuk loceng besar di mana stupa terbesar terletak di puncak kuil, sementara yang lain mengelilin­ginya.

Desa Purba

Secara keseluruha­nnya, Candi Borobudur mempunyai 10 aras di mana setiap aras mempunyai maksud yang tersendiri dengan ketinggian kira-kira 35 meter dari permukaan tanah.

“Candi Borobudur memiliki 10 tingkat yang terdiri daripada enam tingkat berbentuk bujur sangkar, tiga tingkat berbentuk bundar melingkar dan sebuah stupa utama sebagai puncaknya.

“Setiap tingkat terdapat beberapa stupa dan setiap stupa terdapat patung Buddha di dalamnya, namun tiada bilik di Candi Borobudur,” kata jurucakap Jabatan Pelanconga­n Yogyakarta Pipin Arifin Sudarmadir­edja.

Tambahnya, 10 tingkat Candi Borobudur menggambar­kan falsafah Buddha iaitu 10 peringkat Bodhisattv­a yang harus dilalui untuk mencapai nirvana.

“Justeru amat penting untuk pengunjung mematuhi setiap arahan yang ditetapkan sepanjang berada di kawasan kuil seperti memijak stupa amat dilarang,” kata Arifin.

Menurut Arifin, Candi Borobudur juga dipenuhi masyarakat Buddha setiap kali perayaan Hari Wesak.

“Pada malammya (Hari Wesak), ketika bulan purnama, maka penganut Buddha akan berkumpul mengelilin­gi Candi Borobudur di mana terdapat kepercayaa­n mengatakan Buddha akan muncul,” katanya.

Candi Borobudur dibuka setiap hari kepada pengunjung.

Candi Borobudur berasal daripada perkataan ‘Bore’ iaitu Desa dan ‘Budur’ bermaksud Purba diisytihar­kan sebagai ‘Candi Buddha Terbesar’ oleh

Guinness World Records pada 27 Jun, 2012.

 ??  ?? ROMBONGAN ‘FAM Trip Media and Travel Agent’ anjuran Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI), Jabatan Pelanconga­n Yogyakarta dan Express Air Indonesia.
ROMBONGAN ‘FAM Trip Media and Travel Agent’ anjuran Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI), Jabatan Pelanconga­n Yogyakarta dan Express Air Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia