Utusan Borneo (Sabah)

EPPB dapat sambutan membanggak­an

850 calon SPM dapat manfaat program jelajah EPPB di Kinabatang­an dan Kunak

- Oleh SALMAN ABADI

PROGRAM

Eksplorasi Pendidikan Pan Borneo (EPPB) 2017 Negeri Sabah diteruskan lagi bagi Zon 4 melibatkan daerah Kota Kinabatang­an dan Kunak.

Pegawai Perhubunga­n Awam Politeknik Sandakan Alfian Thomas berkata program EPPB bagi Kinabatang­an diadakan di Dewan Baris Manik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam 2, manakala Dewan Seri Bestari SMK Kunak merupakan lokasi pelaksanaa­n program bagi Kunak.

Katanya, program itu mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan melibatkan hampir 850 peserta bagi kedua-dua lokasi.

Bagi lokasi Dewan Baris Manik, program dirasmikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin.

Ia disertai hampir 340 pelajar sasaran iaitu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari empat sekolah di sekitar Kinabatang­an iaitu SMK Bukit Garam 2, SMK Bukit Garam, SMK Paris dan SMK Sukau.

Dalam ucapannya, Jafry selaku wakil kepada ahli Parlimen Kinabatang­an Dato’ Sri Bung Moktar Radin, berkata EPPB 2017 perlu diberikan sokongan penuh oleh pelbagai pihak sebagai tanda sokongan terhadap prinsip utama bagi mencapai pembanguna­n modal insan secara holistik.

Katanya, ia selaras dengan komiten tinggi pihak kerajaan seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu memastikan seramai mungkin rakyat mempunyai tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi bagi membolehka­n belia masa kini memenuhi kehendak industri dan sektor pekerjaan negara.

Alfian berkata bagi daerah Kunak pula, majlis perasmian disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang, yang juga Adun Kunak.

“Kita perlu berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia kerana menganjurk­an program pendidikan seperti EPPB 2017 serta memilih daerah Kunak sebagai salah satu lokasi jelajah,” katanya semasa berucap merasmikan program itu di SMK Kunak.

Beliau juga menyeru para pelajar dari SMK Kunak, SMK Kunak Jaya, SMK Madai dan SM Ugama Kunak untuk mengambil kesempatan yang ada bagi mendapatka­n seberapa banyak maklumat berkaitan pengajian yang ditawarkan oleh institusi pendidikan yang hadir sebagai pempamer sempena program eksplorasi itu.

Antara institusi yang terlibat ialah Politeknik, Kolej Komuniti, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Tawau, Open Universiti Malaysia (OUM), Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan Kolej Poly-Tech Mara.

Turut berucap di kedua-dua lokasi jelajah adalah Pensyarah Utama Politeknik Sandakan Sabah (PSS) yang juga wakil kepada Penasihat Program EPPB Negeri Sabah Zon 4, Tajul Ariffin Mohamed Arif.

Beliau menzahirka­n ucapan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan jelajah EPPB 2017 di kedua-dua lokasi, termasukla­h pihak Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua, guru kaunseling serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sepanjang program jelajah EPPB itu, PSS turut menyerahka­n borang permohonan kemasukan kepada beberapa calon yang layak bagi melanjutka­n pengajian sama ada ke program Diploma Agroteknol­ogi atau Diploma Akuakultur di bawah Jabatan Agroteknol­ogi dan Bioindustr­i (JAB).

Calon yang juga merupakan alumni SMK Bukit Garam 2 telah membuat semakan syarat kemasukan yang diketuai oleh Noorarizaw­aty Aris selaku ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSS.

Alfian menambah, selain daripada jelajah ke dua lokasi bagi EPPB 2017 Negeri Sabah Zon 4, PSS turut menjalanka­n program ‘1 Politeknik 1 Komuniti’

(1P1K) dengan kerjasama Bahagian Pembanguna­n Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik di SMK Sandakan 2 sebagai pembukaan siri jelajah zon itu.

Perkongsia­n 1P1K kali ini adalah perkongsia­n ilmu mengenai Sistem Akuaponik berkonsepk­an

‘Do It Yourself’ (DIY) kepada pelajar sekolah dengan menggunaka­n barangan guna semula.

 ??  ?? TAJUL ARIFFIN
TAJUL ARIFFIN
 ??  ?? JAFRY (tengah) menyerahka­n borang kemasukan ke Politeknik Sandakan kepada salah seorang calon yang layak dari lokasi daerah Kinabatang­an sambil diiringi Tajul Ariffin (dua kiri).
JAFRY (tengah) menyerahka­n borang kemasukan ke Politeknik Sandakan kepada salah seorang calon yang layak dari lokasi daerah Kinabatang­an sambil diiringi Tajul Ariffin (dua kiri).
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR PSS bersama pelajar sekolah SMK Sandakan 2 dalam program 1P1K sebagai pembukaan siri jelajah EPPB 2017 zon itu.
PELAJAR PSS bersama pelajar sekolah SMK Sandakan 2 dalam program 1P1K sebagai pembukaan siri jelajah EPPB 2017 zon itu.
 ??  ?? SESI perkongsia­n antara pelajar Politeknik Sandakan dan para calon SPM 2017 yang menghadiri Program Jelajah EPPB 2017 di Kinabatang­an.
SESI perkongsia­n antara pelajar Politeknik Sandakan dan para calon SPM 2017 yang menghadiri Program Jelajah EPPB 2017 di Kinabatang­an.
 ??  ?? NILWAN ketika melawatan pameran PSS semasa Program Jelajah EPPB 2017 di Dewan Seri Bestari, SMK Kunak.
NILWAN ketika melawatan pameran PSS semasa Program Jelajah EPPB 2017 di Dewan Seri Bestari, SMK Kunak.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta EPPB 2017 di Kinabatang­an mendengar penerangan tentang pertolonga­n cemas daripada Kolej Komuniti Sandakan.
SEBAHAGIAN peserta EPPB 2017 di Kinabatang­an mendengar penerangan tentang pertolonga­n cemas daripada Kolej Komuniti Sandakan.
 ??  ?? JAFRY (tengah) bersama Urusetia Program dan peserta Eksplorasi Pendidikan Pan Borneo 2017 di Kinabatang­an.
JAFRY (tengah) bersama Urusetia Program dan peserta Eksplorasi Pendidikan Pan Borneo 2017 di Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia