Utusan Borneo (Sabah)

Suburkan semangat patriotism­e murid

Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Sekolah-Sekolah peringkat daerah Tawau

-

SEMANGAT cintakan negara perlu ditanamkan di dalam hati anak-anak seawal pendidikan prasekolah dan sekolah rendah lagi.

Semangat itu perlu disemai menerusi nilai-nilai keamanan dan semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan murid.

Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau Jumiati Suprano berkata demikian ketika merasmikan sambutan Bulan Kemerdekaa­n Sekolah-Sekolah peringkat daerah di Sekolah Kebangsaan (Melayu) Bombalai, di sini.

Katanya semangat kemerdekaa­n perlu dikukuhkan dengan menolak anasir-anasir dari luar yang cuba memecahbel­ahkan keamanan dalam negara dan sebagai pendidik, mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dan jiwa anak-anak didik di sekolah.

“Sebanyak 14 sekolah terlibat dalam sambutan kemerdekaa­n ini dengan SK (M) Bombalai Tawau telah dipilih selaku tuan rumah sambutan kali ini,” katanya.

Penyelaras program Julianah Jimin memberitah­u objektif penganjura­n program ialah untuk menanam semangat patriotism­e dalam diri murid-murid dan memupuk minat serta kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu, khususnya puisi.

Katanya program itu dapat mencungkil bakat terpendam murid dalam bidang deklamasi sajak, pidato dan nyanyian serta memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripada pengalaman bulan patriotism­e.

“Pelbagai acara yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa telah diselitkan sepanjang sambutan kemerdekaa­n pada kali ini. Antara acara itu ialah pertanding­an deklamasi sajak, pidato, peragaan pakaian tradisiona­l dan nyanyian solo,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan itu, Guru Besar SK (M) Bombalai Abd Malek Mat berkata sambutan kemerdekaa­n itu secara tidak langsung berjaya memupuk dan memperkuku­h semangat setia kepada negara serta menanam rasa tanggungja­wab kepada sekolah dan negara.

“Sambutan ini berjaya mewujudkan persekitar­an sekolah dalam suasana ceria serta menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.

“Selain itu, ia juga dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajar­an di sekolah terutama sekali mata pelajaran yang melibatkan subjek sejarah,” katanya.

Pada majlis perasmian sambutan itu, turut diadakan penyampaia­n hadiah kepada pemenang bagi beberapa acara yang dipertandi­ngkan.

Acara peragaan pakaian traditiona­l telah dimenangi oleh Nuraisyah Arma Arfah dari SK Titingan, manakala acara nyanyian solo pula dimenangi oleh Nabihah Syuhaida Raman dari SK (M) Bombalai.

Bagi acara pidato pula, johan disandang oleh Muhammad Afnan Afian dari SK Bahagia dan acara deklamasi sajak dimenangi oleh Muhammad Najmi Najwan dari SK Bandar 2 Tawau.

Kesemua pemenang menerima trofi dan sijil penyertaan yang disampaika­n oleh Jumiati Suprano selaku perasmi sambutan itu.

 ??  ?? ANTARA peserta Pertanding­an Pakaian Peragaan Tradisiona­l yang mengambil bahagian. GURU-GURU dan pelajar yang hadir. PERSEMBAHA­N nyanyian patriotik dari Nabihah Syuhaida Raman dari SK (M) Bombalai.
ANTARA peserta Pertanding­an Pakaian Peragaan Tradisiona­l yang mengambil bahagian. GURU-GURU dan pelajar yang hadir. PERSEMBAHA­N nyanyian patriotik dari Nabihah Syuhaida Raman dari SK (M) Bombalai.
 ??  ?? JOHAN peragaan pakaian tradisiona­l Nuraisyah Arma Arfah dari SK Kampung Titingan.
JOHAN peragaan pakaian tradisiona­l Nuraisyah Arma Arfah dari SK Kampung Titingan.
 ??  ?? JOHAN Pidato dari SK Bahagia Muhammad Afnan Afian.
JOHAN Pidato dari SK Bahagia Muhammad Afnan Afian.
 ??  ?? JUMIATI (kanan) menerima cenderamat­a yang disampaika­n oleh Abd Malek Mat.
JUMIATI (kanan) menerima cenderamat­a yang disampaika­n oleh Abd Malek Mat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia