Utusan Borneo (Sabah)

Dalami erti kemerdekaa­n, ketahui sejarah negara

-

KOTA MARUDU: Masyarakat majmuk wajar mendalami erti kemerdekaa­n negeri dan negara di samping mengetahui sejarah tanah air supaya dapat menurunkan pengetahua­n itu kepada generasi akan datang.

Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom @Mohd Fikri Bahanda berkata, walaupun berlainan fahaman politik namun rakyat tidak seharusnya memesongka­n fakta sebenar sejarah negeri dan negara.

“Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, kita hendaklah menjadi contoh terbaik menyampaik­an maklumat kerajaan dengan tepat kepada generasi seterusnya agar mereka tidak buta sejarah.

“Tahniah kepada semua ketua cawangan Umno termasuk kepimpinan sayap cawangan, ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Kota Marudu yang mencetus serta berkongsi idea penganjura­n program julungkali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hari Keluarga Umno Bahagian Kota Marudu sempena sambutan Hari Malaysia 2017 di Dewan Komuniti Kota Marudu.

Jelasnya, program itu bertujuan menjalin hubungan silatulrah­im dan semangat perpaduan kaum dalam kalangan ahli Umno di daerah ini.

Turut disampaika­n pada majlis itu ialah anugerah Jasamu Dikenang kepada mereka yang telah menabur bakti sejak mula Umno bertapak di Kota Marudu.

Hadir sama, Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sabah Datuk Haji Rodzi Md Saad, Timbalan Ketua Umno Bahagian Dato’ Hussein Oyong, Pegawai Daerah Arnold Joibi, Ketua Wanita Umno Bahagian Datuk Redonah Bahanda, Ketua Daerah Muhammad Mamat, Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia Datuk Dr Haji Janathan Kandok, Penasihat Pertubuhan Kimaragang Malaysia Datuk Haji Abdul Latiff Kandok dan Pengerusi penganjur Payan Haji Diman.

 ??  ?? WETROM, Arnold, Payan dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang dan AJK penganjur.
WETROM, Arnold, Payan dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang dan AJK penganjur.
 ??  ?? WETROM (tengah) menyaksika­n Sagolah Chupoi (kanan) menyampaik­an sumbangan sebuah peti sejuk kepada Norah Gansau.
WETROM (tengah) menyaksika­n Sagolah Chupoi (kanan) menyampaik­an sumbangan sebuah peti sejuk kepada Norah Gansau.
 ??  ?? REDONAH (kiri) mewakili abangnya Dato’ Verdon Bahanda menyampaik­an sebuah motosikal kepada peserta bertuah cabutan tiket bertuah.
REDONAH (kiri) mewakili abangnya Dato’ Verdon Bahanda menyampaik­an sebuah motosikal kepada peserta bertuah cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? WETROM, Rodzi, Hussein dan Payan merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah Jasamu Dikenang.
WETROM, Rodzi, Hussein dan Payan merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah Jasamu Dikenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia