Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 57,000 dipindah menjelang letusan Agung

-

KARANGASEM:Kenderaan sarat makanan, topeng pernafasan dan selimut dihantar untuk membantu lebih 57,000 penduduk yang melarikan diri daripada sebuah gunung berapi di pulau pelanconga­n Indonesia Bali, ketika peningkata­n magma dan gegaran memarakkan kebimbanga­n letusan.

Gunung Agung, kirakira 75 kilometer dari hab pelanconga­n Kuta, menderam sejak Ogos dan mengancam untuk meletus lagi sejak 1963.

“Kemungkina­n letusan berlaku amat tinggi tetapi tidak dapat ditentukan bila,” kata jurucakap agensi pencegahan bencana Sutopo Purwo Nugroho.

Peningkata­n kekerapan gegaran menunjukka­n magma terusnaikk­epermukaan­ketika gunung berapi memasuki fasa kritikal, tambah beliau.

Pusat Mitigasi Bencana Geologi dan Gunung Berapi Indonesia berkata, gegaran gunung berapi terus meningkat dengan sejumlah 564 gegaran direkodkan kelmarin.

Penduduk yang berpindah memenuhi pusat penempatan sementara atau menumpang di rumah sanak saudara, manakala 2,000 lembu juga telah dipindahka­n dari kaki gunung.

Penduduk Bali, NGO antarabang­sa dan kerajaan kini mulai mengagihka­n bantuan di mana kenderaan sarat mi segera, air mineral dan selimut telah dihantar ke pusat pemindahan manakala penduduk mengumpul derma untuk mangsa terjejas.

Program ‘kampung angkat’ Bali dan tradisi bantuan masyarakat bermakna penduduk yang berpindah boleh tinggal di kampung di luar zon bahaya.

Kira-kira 62,000 penduduk tinggal dalam zon bahaya sebelum pemindahan dijalankan, menurut agensi.

I Ketut Subandi, ketua logistik kampung Tana Ampo berkata, barangan makanan asas seperti beras, mi segera, minyak masa dan air amat diperlukan.

“Pagi ini kami khuatir kerana bekalan beras kami terhad, tetapi sekarang kami telah menerima lebih banyak stok daripada penderma,” kata Subandi.

Agenci bencana kebangsaan menghantar 640,000 topeng pernafasan, 12,500 tilam, 8,400 selimut, 50 khemah dan menyediaka­n bajet bantuan sebanyak AS$75,000.

Kerajaan pusat pula telah memperuntu­k dana bantuan AS$150 juta sekiranya letusan berlaku.

Lapangan terbang di ibu negeri Bali Denpasar tidak terjejas setakat ini tetapi beberapa negara termasuk Australia dan Singapura telah mengeluark­an nasihat perjalanan.

Agung antara lebih 120 gunung berapi aktif dan kali terakhir meletus pada 1963, menyebabka­n hampir 1,600 maut dan menyebarka­n abu volkanik sehingga ke ibu negara Jakarta. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PARA pelancong bersantai menyaksika­n matahari terbenam di sebalik Gunung Agung yang sedang menderam di Amed, Bali kelmarin.
— Gambar Reuters PARA pelancong bersantai menyaksika­n matahari terbenam di sebalik Gunung Agung yang sedang menderam di Amed, Bali kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia