Utusan Borneo (Sabah)

Australia hantar kumpulan pertama pelarian ke AS

-

SYDNEY: Sebuah kumpulan pelarian pertama telah meninggalk­an kem tahanan Pasifik terpencil di Australia untuk ke Amerika Syarikat semalam bagi penempatan semula di bawah satu perjanjian yang menimbulka­n kemarahan Presiden Donald Trump.

Dua puluh empat orang pemohon suaka ditahan di Pulau Manus di luar tanah besar Papua New telah pergi ke Manila dalam perjalanan ke satu lokasi Amerika yang dirahsiaka­n, kedutaan AS di Port Moresby memberitah­u AFP.

“Mereka adalah kumpulan pertama yang telah diluluskan, yang telah melalui proses penapisan ekstrem dan telah memenuhi semua syarat bagi penempatan semula,” menurut pegawai hak ehwal awam di kedutaan Beverly Thacker.

Kira-kira 30 orang pelarian lagi ditahan di Nauru di Pasifik akan menuju ke AS “dalam masa beberapa hari akan datang”, tambah beliau.

Canberra telah menghantar pemohon suaka yang cuba untuk memasuki negara dengan menaiki bot menuju ke beberapa buah fasiliti pemprosesa­n di Nauru dan Pulau Manus, dengan mereka yang didapati sebagai pelarian tidak dibenarkan untuk menetap di Australia.

Keadaan di dalam kes telah dikecam sepenuhnya oleh kumpulan hak asasi dan pihak bidang perubatan.

Thacker tidak menyatakan kerakyatan mereka yang telah dipindahka­n dan tidak diketahui jumlah mereka yang masih layak bagi petempatan semula di AS.

“Kami menjangkak­an pelarian lain akan ditempatka­n semula dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Mereka semua akan diuruskan dengan rangka masa berlainan, bergantung kepada kepantasan mereka melalui proses tersebut,” kata beliau.

Hampir 800 lelaki ditahan di Manus, manalala 371 lelaki, wanita dan kanak-kanak ditahan di Nauru, menurut data imigresen Australia sehingga 31 Julai.

Kerajaan gagal menempatka­n semula tahanan ke negara ketiga seperti Kemboja atau di tempat lain di PNG.

Ketika bekas presiden AS Barack Obama memegang jawatannya, Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull meraih perjanjian dengannya untuk menerima beberapa pelarian.

Trump mengecam perjanjian itu sebagai ‘perjanjian bodoh’ selepas menjawat jawatan presiden, sebelum membuat keputusan meneruskan perjanjian itu.

Jurucakap Refugee Action Coalition Ian Rintoul menyatakan pelarian dengan perasaan bercampur baur.

“Ada rasa optimis bahawa mereka telah pergi, namun mereka juga bimbang tidak akan mendapat jawapan daripada pihak pegawai AS ketika orang lain mampu untuk meninggalk­an pulau Nauru atau Manus,” beliau memberitah­u AFP.

“Terdapat kenyataan bahawa terdapat pemergian selanjutny­a ke AS namun ia adalah sangat tidak jelas bila ia akan berlaku.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail serahan Refugee Action Coalition pada 18 Februari, 2014 menunjukka­n keadaan di sekitar pusat pemprosesa­n wilayah Australia di Pulau Manus, Papua New Guinea.
— Gambar AFP GAMBAR fail serahan Refugee Action Coalition pada 18 Februari, 2014 menunjukka­n keadaan di sekitar pusat pemprosesa­n wilayah Australia di Pulau Manus, Papua New Guinea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia