Utusan Borneo (Sabah)

Australia serah dana haram kepada China

-

MELBOURNE: Australia memulangka­n dana haram A$215,000 ($170,000) kepada Chia hasil rampasan dalam kes pengubahan wang ketika kedua-dua negara semalam bersetuju memperting­kat usaha membantera­s jenayah kewangan.

Australia bekerjasam­a dengan ‘Operasi Buru Serigala’ di China untuk menyiasat pegawai-pegawai yang disyaki korup yang telah melarikan diri ke luar negara atau menyembuny­ikan aset di luar negara.

Seramai 100 suspek utama dikehendak­i Beijing didapati menetap di Australia, menurut Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia Andrew Colvin.

Bagaimanap­un, wang yang dikembalik­an adalah kecil berbanding A$4.8 bilion pelaburan langsung China di Australia pada 2016.

Colvin berada di Beijing bagi rundingan dengan Menteri Keselamata­n Awam.

Kedua-dua negara membentuk kumpulan kerjasama bagi menangani jenayah kewangan dan pengubahan wang serta mengesan aset dikaitkan dengan perjalanan jenayah.

Pihak polis Australia menyatakan kumpulan itu adalah yang pertama seumpamany­a dengan China dan akan dilanjutka­n ke peringkat operasi.

Australia antara destinasi utama pilihan penduduk China untuk membeli perumahan dan hartanah komersial di luar negara. Sementara itu di SHANGHAI, polis China membongkar operasi perbankan rahsia yang digunakan untuk memindahka­n aset ke luar negara, lapor akhbar rasmi China Daily semalam.

Bank rahsia itu, disembunyi­kan di sebuah pasar makanan di bandar selatan Guangzhou, disyaki terlibat dalam transaksi luar sempadan bernilai lebih AS$70 juta pada bulan lepas sahaja, menurut akhbar, memetik kenyataan biro keselamata­n awam di Guangzhou.

China menjejaki beberapa bank rahsia dan pelanggara­n pasaran wang asing lain dalam satu usaha untuk menghalang dan menyelesai­kan risiko pengaliran modal luar sempadan serta memper-tingkat nilai yuan, menurut penganalis­is wang asing di negara itu Julai lepas.

Pada tahun lepas, pihak polis China telah menyerbu lebih 380 bank rahsia melibatkan lebih 900 bilion yuan dan menahan lebih 800 suspek, menurut Kementeria­n Keselamata­n Awam.

Wilayah Guangdong menyerbu tiga bank rahsia yang besar pada awal tahun ini melibatkan transaksi luar sempadan bernilai tiga bilion yuan dan menyebabka­n penahanan 30 suspek, menurut akhbar harian China Daily. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia