Utusan Borneo (Sabah)

Latihan intensif di pelantar minyak

Lapan pelajar TAS Institute of Oil & Gas dipilih

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAKINABA­LU:Seramai lapan pelajar TAS Institute of Oil & Gas dipilih untuk menjalani latihan intensif di atas pelantar minyak Gumusut-Kakap dan Malikai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, kesemua mereka akan menjalani latihan itu selama dua minggu dan akan diperhatik­an oleh pegawai serta kakitangan Shell.

“Saya gembira TAS Institute of Oil & Gas secara rasminya mengadakan kerjasama dengan Sabah Shell Petroleum Co Ltd bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi khususnya masyarakat tempatan dalam sektor industri minyak dan gas.

“Saya difahamkan satu Memorandum Perjanjian

(tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoA di antara Ian (dua kiri) dan Ismail (dua kanan).

“Semua mereka akan menjalani latihan itu selama dua minggu dan akan diperhatik­an oleh pegawai serta kakitangan Shell. Saya gembira TAS Institute of Oil & Gas secara rasminya mengadakan kerjasama dengan Sabah Shell Petroleum Co Ltd bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi khususnya masyarakat tempatan dalam sektor industri gas.” minyak dan DATUK SERI PANGLIMA RAYMOND TAN SHU KIAH Timbalan Ketua Menteri

(MoA) yang dimeterai bersama Shell Petroleum Co Ltd khusus dalam Program Sabah Petroleum Operations Technician (SPOT).

“Ini adalah satu lagi pencapaian terbaik oleh TAS Institute of Oil & Gas yang membolehka­n pelajar mereka menjalani latihan di fasiliti Shell,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Graduasi TAS Institute of Oil & Gas dan MoA, di sini pada Selasa.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Hashim Paijan.

Raymond yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian berkata, majlis MoA yang dimeterai itu adalah susulan daripada memorandum persefaham­an (MoU) yang dimeterai oleh kedua pihak pada April lalu.

Katanya, Shell Petroleum Co Ltd sentiasa komited untuk membantu dalam pembanguna­n modal insan di negeri ini khususnya dalam sektor minyak dan gas.

“Cara yang terbaik bagi melahirkan modal insan yang berkemahir­an tinggi serta berdaya saing adalah bekerjasam­a dengan institut latihan seperti TAS Institute of Oil & Gas.

“Dalam MoA ini, Sabah Shell Petroleum Co Ltd akan menyediaka­n latihan kepada para pelajar yang terpilih dalam fasiliti syarikat mereka,” katanya.

Menurutnya, selain latihan industri yang disediakan, Sabah Shell Petroleum turut membantu TAS Institute of Oil & Gas menyediaka­n platform pembelajar­an dan pembanguna­n bagi meningkatk­an hasil latihan kepada semua pelatih.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengerusi TAS Institute of Oil & Gas Datuk Ismail Abdullah, Pengurus Besar Sabah Shell Malaysia Ian Lim serta tetamu kehormat yang lain.

Dalam majlis yang sama, seramai 73 pelajar berjaya menamatkan latihan mereka bersama TAS Institute of Oil & Gas. Kesemua pelajar akan menjalanka­n latihan intensif selama 20 bulan sebelum diberikan penilaian terakhir untuk menjalanka­n latihan industri di pelantar minyak Shell.

 ??  ?? HASHIM
HASHIM
 ??  ?? LAPAN pelajar yang berjaya mendapatka­n tempat dalam latihan industri dengan Sabah Shell Petroleum.
LAPAN pelajar yang berjaya mendapatka­n tempat dalam latihan industri dengan Sabah Shell Petroleum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia