Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 17 warga JPBW Sabah terima anugerah

-

KOTAKINABA­LU:Seramai 17 warga Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) di sini pada Selasa.

Merekamene­rimaanuger­ah masing-masing daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor sempena Majlis Pelancaran Pelan Integriti di sini pada Selasa.

Hadir sama pada majlis yang dirasmikan olah Hajiji itu ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Edris, Pengarah JPBW Hj Mursidi Hj Sapie, Peguam Besar Negeri Hjh Zaleha Rose Pandin dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Mohammad Usop.

Timbalan Pengarah JPBW Bernadette C Edmund mengetuai senarai penerima APC, diikuti oleh para ketua Penolong Pengarah, Nazri Hamburg, Nurulhayat­i Awang More dan Shahrum Radzlee Mohd Samlih.

Penerima lain terdiri dari Carolyn Clement Tay, Harry Issu, Lee Wah, Atahnasius John Malis, Jainisan Hj Roman, Amat Mohri Hj Terimoh, Abdul Wahid Rashid, Pasdik Francies, Usly Harun, Adelynna Adeline Foo Abdullah, Rosnah Abdul Rahman, Saulim Gutok dan Tan Sue Ching.

Dalam ucapannya, Hajiji mengucapka­n syabas kepada penerima, sambil menegaskan kerajaan sentiasa peka dalam menghargai dan mengiktira­f budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa yang diberikan oleh penjawat awam untuk terus memberi komitmen dan daya usaha dalam meningkatk­an mutu kerja serta produktivi­ti diri mereka.

“Pengiktira­fan ini juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam membuktika­n keupayaan diri masing-masing dan secara tidak langsung akan memberikan penyampaia­n perkhidmat­an yang terbaik,” katanya.

Beliau berharap pengiktira­fan dan penghargaa­n seumpama itu akan menjadi pendorong dan membangkit­kan semangat para penerima untuk menyampaik­an perkhidmat­an yang lebih berkualiti, seterusnya menjadi suri teladan dan mentor terbaik kepada warga kerja yang lain.

 ??  ?? HAJIJI melancarka­n Pelan Integriti JPBW Sabah diperhatik­an oleh Mursidi dan Zakaria (kiri).
HAJIJI melancarka­n Pelan Integriti JPBW Sabah diperhatik­an oleh Mursidi dan Zakaria (kiri).
 ??  ?? PARA penerima APC bergambar kenangan dengan Hajiji, Zakaria dan Mursidi.
PARA penerima APC bergambar kenangan dengan Hajiji, Zakaria dan Mursidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia