Utusan Borneo (Sabah)

PUMM lancar ‘The Enterprene­ur Colosseum’

-

KOTA KINABALU: Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) melancarka­n projek `The Enterprenu­er Colosseum’ atau TEC untuk menyediaka­n platform kepada usahawan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif JTL Empire Jeff Lu berkata, projek itu memberi peluang dan sumber untuk meningkatk­an tahap kejayaan para usahawan agar impian mereka tidak akan berkubur.

“Saya gembira dapat bekerjasam­a dengan PUMM untuk program TEC. PUMM dan TEC merupakan platform yang terbaik untuk usahawan mencapai matlamat serta impian perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) antara JTL Empire dan PUMM TEC, di sini pada Selasa. PUMM TEC diwakili Pengerusi Perhubunga­n PUMM Negeri Sabah Dato’ George Lim.

George yang juga pengerusi penganjur TEC Malaysia Timur berkata, ia adalah pengalaman yang baik untuk membiarkan anda jatuh dan membuat anda gagal.

“Pendidikan mengajar kita supaya tidak gagal. Bagaimanap­un, kesilapan memberikan kita peluang berkembang.

“Pengalaman paling besar di dunia adalah untuk belajar daripada kegagalan sendiri. Pengalaman ini memberikan kita kekuatan, memberi fokus dan meminimumk­an kesilapan masa depan,” katanya.

Katanya, usahawan muda seharusnya lebih berani menceburi perniagaan, memberi fokus dan terus belajar serta beradaptas­i dengan dunia yang cepat berubah.

“Denganmemi­likibebera­pa pencapaian, jangan bangga kerana kejayaan itu milik orang yang menyokong anda,” katanya.

George berkata, dalam bajet negarayang­akandatang,Sabah memerlukan pusat inkubasi yang lengkap (contoh MaGIC di Kuala Lumpur) untuk memantau kejurulati­han dan memperkasa­kan usahawan muda.

“Ini akan menjadi pelan mampan jangka panjang untuk mengurangk­an kadar kegagalan dalam permulaan,” katanya.

TEC terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 ke atas yang mempunyai syarikat sendiri di Malaysia yang beroperasi tidak melebihi tiga tahun.

Penyerahan borang penyertaan akan ditutup pada 15 November 2017. Semua peserta diminta merekodkan video pitching tidak lebih daripada dua minit dengan cadangan perniagaan dan tidak akan dikenakan yuran penyerahan.

Sabah akan menyenarai­kan 40 peserta dan akan melalui pertanding­an selama dua hari. Daripada jumlah itu, hanya 10 peserta akan dipillih untuk mara ke peringkat akhir.

Semua 40 peserta itu juga akan menghadiri TEC Bootcamp pada 19 hingga 21 Januari 2018 dan mempunyai peluang untuk bertemu dengan usahawan yang berjaya di Malaysia dan mungkin menjadi mentor untuk perniagaan mereka.

Sepuluh peserta akhir akan dipilih daripada TEC Bootcamp untuk mara ke pusingan akhir pertanding­an itu yang akan diadakan pada 10 Februari 2018.

Ia adalah sesuatu yang perlu membuatkan semua usahawan teruja kerana TEC menyediaka­n wang tunai dan hadiah bernilai RM500,000 untuk dimenangi tiga pemenang teratas.

Untuk keterangan dan pendaftara­n, lawati www. pummtec.my atau hubungi Kimberly (016-932 1887), atau Denesia (014-670 0240).

 ??  ?? JEFF (lima kiri) dan George (lima kanan) bertukar dokumen MoU.
JEFF (lima kiri) dan George (lima kanan) bertukar dokumen MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia