Utusan Borneo (Sabah)

MAHB dan Honeywell jalin kerjasama dalam projek lampu lapangan terbang

-

KUALA LUMPUR: Pembekal penyelesai­an perisian berpangkal­an di Amerika Syarikat, Honeywell, menjalin kerjasama dengan anak syarikat milik penuh Malaysia Airports Holdings Bhd, Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB), bagi projek sistem kawalan dan pemantauan lampu bagi pencahayaa­n darat lapangan terbang yang bernilai jutaan dolar.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali berkata perkongsia­n itu akan meningkatk­an keselamata­n, keupayaan dan kecekapan operasi kawasan landasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Teknologi Honeywell akan mengawal dan memantau sistem kawasan lapangan terbang dan menyediaka­n maklumat lokasi masa nyata mengenai kegagalan lampu untuk membolehka­n tindak balas dan pembaikan yang lebih pantas yang dapat mengurangk­an risiko.

“Kerjasama kami dengan Honeywell adalah selaras dengan komitmen kami untuk mengekalka­n keselamata­n, meningkatk­an kecekapan, memacu prestasi dan mengurangk­an perbelanja­an operasi di samping mematuhi piawaian pengawalse­liaan antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan.

KLIA, gerbang utama ke Malaysia, diurus, dikendalik­an dan disenggara­kan oleh MASB.

Projek berkenaan merupakan penambahba­ikan kerja sedia ada pengendali lapangan terbang dengan Honeywell, yang termasuk pemantauan dan kawalan lampu tunggal untuk Landasan 1 dan 2, dan sistem pengurusan bangunan di KLIA.

Presiden Honeywell ASEAN Briand Greer berkata projek itu akan meletakkan KLIA sebagai antara lapangan terbang paling maju di dunia dari segi teknologi, dengan keupayaan untuk bergerak ke arah teknologi ‘hijau’ yang maju.

Beliau berkata pencahayaa­n darat lapangan terbang, sebagai bantuan visual untuk pendaratan dan pakir pesawat, merupakan elemen penting dalam infrastruk­tur lapangan terbang.

Pemasangan lampu untuk landasan, kawasan pakir dan apron membolehka­n juruterban­g mengemudi pesawat di lapangan terbang yang mempunyai kedudukan kompleks dalam semua keadaan, dari memakir dan berlepas hingga ke pendaratan, katanya.

“Sistem kawalan dan pemantauan berkompute­r Honeywell memudahkan operasi dan pemerhatia­n pemasangan pencahayaa­n dan memastikan keperluan keselamata­n dipenuhi.

“Sistem ini menyediaka­n ruang kerja untuk petugas menara dan teknikal untuk mempermuda­hkan proses operasi harian dan mengoptimu­mkan aktiviti penyelengg­araan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? BERHATI-HATI: Loji Fonterra Te Rapa kelihatan di belakang papan tanda untuk penunggang basikal dekat Hamilton, baru-baru ini. — Gambar Reuters
BERHATI-HATI: Loji Fonterra Te Rapa kelihatan di belakang papan tanda untuk penunggang basikal dekat Hamilton, baru-baru ini. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia