Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Bumiputera tidak lagi dikaitkan dengan kelewatan projek dan peningkata­n kos

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syarikat-syarikat Bumiputera tidak harus dikaitkan lagi dengan kelewatan projek dan peningkata­n kos kerana telah berjaya membuktika­n kemampuan melaksanak­an projek berkelas dunia yang dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka.

Malah, kata Perdana Menteri, ini jelas terbukti menerusi pelaksanaa­n laluan Perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) Sungai BulohKajan­g yang sudah beroperasi sejak 16 Dis, 2016.

“Saya mahu melenyapka­n persepsi bahawa projek-projek yang diberi kepada syarikat-syarikat Bumiputera akan tertangguh atau menyebabka­n peningkata­n kos.

“Kita telah buktikan bahawa projek MRT dapat disiapkan lebih awal daripada jadual dan lebih rendah daripada kos yang dianggarka­n,” kata beliau pada majlis Penghargaa­n Agenda Pemerkasaa­n Bumiputera G20 di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaik­an sijil-sijil penghargaa­n kepada 10 vendor Bumiputera terbaik daripada 20 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) utama di atas sumbangan terhadap pencapaian Agenda Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Mengulas selanjutny­a, Perdana Menteri menegaskan, pelaksanaa­n kaedah tender secara telus juga memastikan hanya syarikat Bumiputera yang berkaliber memperoleh projek tersebut.

Menurut beliau, dalam pembinaan MRT yang ikonik itu, 51 peratus daripada projek bernilai RM21.1 bilion itu telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera yang berkaliber.

Susulan itu, kata Najib, projek itu bukan sahaja berjaya disiapkan lebih awal, malah pada kos yang lebih rendah.

Mengulas kejayaan itu, Perdana Menteri berkata ini diraih hasil pelaksanaa­n dasar ‘Carve-Out and Compete’ bagi melahirkan syarikat kontraktor milik Bumiputera yang mampu bersaing di peringkat domestik dan antarabang­sa.

Dasar yang merupakan inisiatif di bawah Agenda Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera, menyediaka­n peluang kepada syarikat terbabit mendapat kontrak dan menyertai projek-projek mega ditawarkan oleh kerajaan, GLC dan swasta berdasarka­n merit, rekod cemerlang serta keupayaan untuk menyiapkan projek.

“Saya amat berpuas hati dan tertarik dengan dengan kejayaan ‘Dasar Carve Out and Compete’ yang tiada sebelum ini,” kata Najib.

Tegas Perdana Menteri, inisiatif itu juga sekali gus berjaya menyanggah persepsi bahawa syarikat Bumiputera adalah tidak kompetitif.

Menurut beliau, menerusi inisiatif sama, peluang penyertaan Bumiputera dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo juga dijangka akan mencecah 60 peratus.

“Saya pastikan agar kontraktor tempatan dari Sabah dan Sarawak sendiri yang akan mendapat peluang di dalam projek ini,” kata beliau.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaa­n inisiatif dan sistem oleh kerajaan itu juga membuktika­n bahawa syarikat Bumiputera mampu untuk bersaing dengan kalangan yang terbaik serta berjaya. — Bernama

 ??  ?? NAJIB beramah mesra bersama wakil syarikat yang menerima sijil penghargaa­n Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada pada Majlis Penghargaa­n Agenda Pemerkasaa­n Bumiputera G20 kelmarin. — Gambar Bernama
NAJIB beramah mesra bersama wakil syarikat yang menerima sijil penghargaa­n Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada pada Majlis Penghargaa­n Agenda Pemerkasaa­n Bumiputera G20 kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia