Utusan Borneo (Sabah)

Ejen hartanah perlu guna teknologi sesuai

Mereka tidak akan dapat bertahan jika tidak mengikuti perkembang­an industri

-

KUALA LUMPUR: Ejen hartanah perlu melengkapk­an diri mereka dengan pengetahua­n teknologi bagi mengikuti aliran pasaran yang berubah-ubah.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty.com, Haresh Khoobchand­ani, berkata dengan kemunculan telefon pintar, tablet dan komputer riba, ramai pembeli hartanah telah beralih ke dalam talian bagi membuat pembelian mereka.

“Mereka (ejen) perlu memahami bagaimana untuk berurusan dengan pembeli dalam talian, cara pemasaran terbaharu dan bagaimana untuk menggunaka­n data yang berkaitan dengan pasaran bagi memberi perkhidmat­an kepada pelanggan mereka.

“Pasa masa akan datang, ejen-ejen akan terdiri daripada mereka yang mampu menggunaka­n teknologi sedemikian dalam kerja-kerja mereka. Mereka tidak akan dapat bertahan sekiranya tidak memanfaatk­an kemudahan ini,” katanya kepada pemberita selepas memperkena­lkan laman web iProperty.com.my yang baharu semalam.

Ketika ditanya sama ada portal hartanah akan menguasai segmen jualan dan sewaan pada masa hadapan, katanya, ini tidak mungkin kerana pembeli masih perlu untuk berinterak­si dengan ejen mereka dalam mendapatka­n nasihat mengenai aset yang mereka minat.

“Ejen-ejen masih menjadi sebahagian daripada kitaran pembelian dan penyewaan langkah perolehan hartanah. Mungkin akan wujud beberapa syarikat permulaan yang muncul dengan model perniagaan baharu, yang cuba mengambil alih proses tersebut.

“Tetapi pada pendapat saya, memandangk­an pem- belian hartanah melibatkan pelaburan yang besar, ia masih memerlukan interaksi manusia. Untuk menghabisk­an kira-kira setengah juta ringgit dalam talian, tanpa bercakap dengan seseorang, adalah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan,” katanya. -Bernama

“Pasa masa akan datang, ejen-ejen akan terdiri daripada mereka yang mampu menggunaka­n teknologi sedemikian dalam kerja-kerja mereka. Mereka tidak akan dapat bertahan sekiranya tidak memanfaatk­an kemudahan ini.

HARESH KHOOBCHAND­ANI

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia