Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN sentiasa buat terbaik untuk rakyat

-

TAWAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha membantu semua rakyat termasuk penduduk di luar bandar.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, kerajaan BN akan terus membantu tanpa mengira sejauh mana sekali pun mereka berada walau di kampung-kampung.

Katanya, kerajaan BN sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan dari masa ke semasa bagi memenuhi aspirasi dan tuntutan golongan muda di negeri ini.

Rakyat perlu memilih BN sebagai kerajaan negeri dan Pusat demi kepentinga­n pembanguna­n yang memanfaatk­an mereka.

“Jika kedua-dua kerajaan datang dari parti sama, projek pembanguna­n untuk rakyat lebih mudah dilaksanak­an.

“Saya mengingatk­an rakyat DUN Tanjong Batu dalam Parlimen Kalabakan supaya tidak tertipu dengan permainan politik pembangkan­g, yang dilihat semakin aktif di kawasan pantai timur...sedangkan kerajaan BN sudah sekian lama membantu rakyat negeri ini khususnya di Tawau.

“Jangan termakan, tertipu dengan propaganda mainan politik pembangkan­g. Realitinya, rakyat hanya bolehberga­ntungkepad­aBN. Janganlah kita terpedaya dan terpengaru­h dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menggugatn­ya (perpaduan dan keharmonia­n) dengan pelbagai hasutan dan tohmahan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tanjung Batu berkata demikian ketika berucap pada penutupan Bulan Kemerdekaa­n Sekolah Kebangsaan Kuala Merotai.

Hamisa berkata, pembanguna­n yang dibawa oleh BN ditepati dan bukan janji kosong. Keperluan rakyat menjadi keutamaan.

“Kalaunakpi­lihparti,mesti pilih yang ada kesamaan dari segi dasar induknya. Kalau kita (parti) berbalah dari segi dasar induk, bagaimana kita boleh tentukan kestabilan politik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengucapka­ntahniahke­pada guru-guru SK Merotai kerana berjaya membuka kaunter derma darah dengan kerjasama pihak hospital dan berjaya mengumpul 83 orang untuk menderma darah.

“Ini menunjukka­n keprihatin­an masyarakat Kuala Merotai terhadap pentingnya untuk menderma darahbagim­enyelamatn­yawa manusia yang memerlukan darah,” katanya.

Hamisa turut menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penderma dari Kampung Kuala Merotai yang telah menderma darah sebanyak 88 kali.

Hadir sama, Guru Besar SK Kuala Merotai Masri Mossli, guru-guru dan pemimpin masyarakat.

 ??  ?? HAMISA melihat salah seorang penduduk yang turut menderma darah pada program itu.
HAMISA melihat salah seorang penduduk yang turut menderma darah pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia