Utusan Borneo (Sabah)

Gandingan pertama Zul Ariffin & Farah Nabilah

-

UJIAN dan dugaan dalam perkahwina­n merupakan perkara yang normal, terutamany­a bagi pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga.

Begitulah nasib Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang berlakon sebagai pasangan suami isteri bernama Harris dan Aisy dalam drama terbaharu slot Akasia, ‘Titian Cinta’ yang kini sedang bersiaran di TV3.

Mempunyai 28 episod, drama adaptasi novel karya Ridhya Iman ini merupakan arahan saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Drama Titian Cinta ini sarat dengan pengajaran yang boleh menjadi teladan kepada orang ramai. Ia mengisahka­n tentang dugaan yang harus ditempuhi oleh pasangan suami isteri demi mencapai kebahagiaa­n. Ia juga menitikber­atkan tentang kepentinga­n bersabar ketika mengatasi masalah rumahtangg­a.”

“Selain itu, ini juga merupakan kali pertama Zul Ariffin dan Farah Nabilah berganding dalam sebuah drama. Kami berharap para penonton setia drama slot Akasia akan menikmati dan memberi sokongan kepada drama ini, seperti mana mereka telah memberi sokongan hebat kepada drama-drama yang telah ditayangka­n di TV3 sebelum ini,” ujarnya lagi.

Ditayangka­n di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam, drama ‘Titian Cinta’ turut dijayakan oleh gandingan barisan pelakon kegemaran ramai seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee dan Marisa Yasmin.

‘Titian Cinta’ berkisar tentang percintaan antara Aisy (Farah Nabilah) dan Harris (Zul Ariffin). Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris.

Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakanny­a akibat mempercaya­i fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahann­ya.

Aisy yang menyangkak­an dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang.

Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapny­a. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai.

Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutka­n hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangg­a pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporakpe­randakan rumahtangg­a Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaa­n akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?

Jangan lupa untuk menonton drama terbaharu slot Akasia gandingan Zul Ariffin dan Farah Nabilah dalam Titian Cinta, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam hanya di TV3!

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram iaitu @TV3Malaysi­a, juga Instagram

Drama Sangat iaitu dramasanga­t.

 ??  ?? FARAH NABILAH
FARAH NABILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia