Utusan Borneo (Sabah)

Drama ‘While You Were Sleeping’ di ONE HD, sama waktu dengan Korea

-

DRAMA yang ditunggutu­nggu tahun ini, ‘While You Were Sleeping’ yang menampilka­n dua bintang Korea Selatan yang diminati ramai akan menemui peminat di Malaysia bermula malam ini menerusi saluran ONE (Astro 393).

Daripada pengarah ‘Doctors’ dan ‘My Love from the Star’, dan penulis skrip ‘Pinocchio’ dan ‘I Can Hear Your Voice’, ‘While You Were Sleeping’ dibintangi oleh barisan pelakon yang mantap iaitu Lee Jong Suk dan Bae Suzy.

Ini adalah kolaborasi kali kedua Bae Suzy dan penulis skrip Park Hye-ryun selepas bekerjasam­a dalam siri popular ‘Dream High’ pada tahun 2011.

Ia juga merupakan kolaborasi ketiga antara Lee Jong Suk dan penulis Park Hye Ryun dengan siri mereka sebelum ini, ‘Pinocchio’ dan ‘I Can Hear Your Voice’, mendapat sambutan yang amat menggalakk­an.

‘While You Were Sleeping’ adalah sebuah drama penyiasata­n dengan 32 episod. Ia mengisahka­n tentang seorang jurnalis berusia 29 tahun yang tidak bekerja bernama Hong Ju (dilakonkan oleh Bae Suzy), yang boleh melihat apa yang berlaku di masa hadapan dalam tidurnya.

Dengan harapan ia tidak menjadi kenyataan, seorang pendakwara­ya muda Jae Chan (dilakonkan oleh Lee Jong Suk) bekerjasam­a dengannya untuk menghalang perkara malang itu dari berlaku.

Selain Lee Jong Suk dan Bae Suzy, drama ini turut dibintangi oleh Lee Sang Yeob, Jung Hae In, Kim Min Jae, Park Jin Joo, Min Sung Wook, Go Sung Hee, Shin Jae Ha, Kim Won Hae, Jang Hyung Sung, Um Hyo Sup, Pro Ye Jin, dan Oh Eui Sik.

‘While You Were Sleeping’ akan mula menemui peminat malam ini (27 September), dan akan disiarkan setiap Rabu dan Khamis pada jam 9 malam di ONE (Astro Saluran 393), sama waktu dengan tayanganny­a di Korea.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai siri ini, layari laman sesawang ONE TV Asia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia