Utusan Borneo (Sabah)

Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200, tumbuk pekerja kelab golf

-

PELAKON filem ‘Juvana’ Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad, didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabka­n kecederaan dengan cara menumbuk seorang pekerja kelab golf warga Bangladesh.

Majistret Mahyudin Mohmad Som turut memerintah­kan pelakon berusia 32 tahun itu menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Sharnaaz Ahmad yang juga popular menerusi drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ dan ‘Suamiku Encik Sotong’ membayar denda itu. Pelakon itu kelihatan bersahaja sepanjang prosiding kes itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap Gous Ali di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Taman Tun Dr Ismail, Brickfield­s, pada 5.30 petang, 22 Julai 2017 mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran.

Peguam Zulkifli Awang yang mewakili pelakon itu pula memohon hukuman ringan dan dikecualik­an daripada penjara kerana ini adalah kesalahan pertama anak guamnya dan dia juga sudah insaf dengan perbuatann­ya serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Insiden yang berlaku adalah disebabkan salah faham dan anak guam saya juga telah memohon maaf kepada pengadu, juga tiada kecederaan serius dialami mangsa,” kata Zulkifli. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia