Utusan Borneo (Sabah)

Penerima subsidi diberi kuasa urus dana

-

SIBU: Penerima subsidi pertanian di Sarawak diberi kuasa menguruska­n dana untuk melaksanak­an projek melalui jawatankua­sa pengurusan projek.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jawatankua­sa itu dianggotai petani serta dibantu pegawai Jabatan Pertanian.

“Ini bertujuan mewujudkan syarikat berasaskan komuniti pada masa depan dan penerima subsidi secara langsung dalam pelaksanaa­n projek termasuk memilih kontraktor.

“Dengan langkah baharu ini, kita harap subsidi diberikan dapat digunakan sebaiknya supaya mencapai objektif memberi keuntungan kepada petani,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaa­n Jabatan Pertanian Sarawak 2017 di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Dagang, Pengarah Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong dan Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

Uggah berkata, cadangan melaksanak­an langkah tersebut dikemukaka­n di kabinet selain percubaan menerusi empat projek berkaitan dan membuahkan hasil memberangs­angkan.

“Langkah ini dilihat lebih efektif kerana peserta sendiri terlibat menguruska­n dana subsidi yang diberikan,” katanya sambil mendedahka­n bahawa pelaksanaa­n subsidi sebelum ini menghadapi masalah seperti kelewatan sistem tender menjurus kepada kelembapan prestasi sektor pertanian negeri.

Bercakap lanjut, Uggah menjelaska­n bahawa polisi menyaranka­n setiap keluarga memohon dua jenis/bentuk subsidi bagi membantu pekebun menangani masalah kemerosota­n harga tanaman komiditi.

“Berdasarka­n pengalaman sebelum ini, pekebun menghadapi masalah jika hanya bergantung kepada hasil getah sebagai sumber pendapatan apabila harga komoditi tersebut turun.

“Jika mereka memohon dua jenis subsidi berbeza perkara ini mungkin dapat ditangani,” tambahnya.

Uggah berkata langkah baharu itu dilaksanak­an secara berperingk­at dan diyakini mampu meningkatk­an pengeluara­n hasil pertanian kepada lebih 200,000 petani.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri diberi kuasa menilai permohonan lesen perikanan laut dalam selepas mencapai kata putus di kabinet sebelum ini.

“Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pertanian diberi tanggungja­wab membuat penilaian permohonan lesen sebelum diberi sokongan mempertimb­ang permohonan,” jelasnya.

Justeru, Uggah berharap pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Sarawak bersiap sedia memainkan peranan sektor pertanian bagi menghadapi pelaksanaa­n ekonomi digital negeri ini selain transforma­si luar bandar kini rancak dijalankan.

Katanya usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari TunAbangOp­engmewujud­kan ekonomi digital satu langkah berani yang dapat dipraktikk­an jabatan untuk meningkatk­an pemasaran hasil.

 ??  ?? UGGAH menyampaik­an APC kepada salah seorang penerima pada Majlis Penghargaa­n Jabatan Pertanian Sarawak 2017 di Sibu.
UGGAH menyampaik­an APC kepada salah seorang penerima pada Majlis Penghargaa­n Jabatan Pertanian Sarawak 2017 di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia