Utusan Borneo (Sabah)

Cegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa

-

MIRI: Masyarakat perlu memainkan peranan dalam usaha mencegah perlakuan rasuah atau salah guna kuasa dalam setiap urusan rasmi yang dilaksanak­an.

Pengarah Unit Pentadbira­n Jabatan Ketua Menteri Antonio Kahti Galis berkata kerajaan dan rakyat akan menanggung kesan disebabkan penyelewen­gan perlakuan rasuah.

“Ini terbukti dengan wujudnya banyak masalah berkaitan pentadbira­n yang tidak diuruskan dengan baik menyebabka­n masyarakat tidak mendapat manfaat daripada peruntukan yang disalurkan,” katanya pada Majlis Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR 17) SPRM di sini pada Isnin.

Menurutnya, pelaksanaa­n dan kejayaan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani jenayah rasuah banyak bergantung kepada kerjasama semua pihak.

“Kerajaan menyeru agar masyarakat bekerjasam­a dengan SPRM bagi menghapusk­an amalan rasuah yang berada di tahap serius termasuk penyalahgu­naan kuasa di peringkat pentadbira­n,” jelasnya.

Mengulas mengenai KEJAR 17, ia adalah inisiatif SPRM sebagai agensi penguat kuasa mempromosi­kan semangat membantera­s rasuah dan salah guna kuasa di seluruh negara.

“Saya percaya SPRM mempunyai pelbagai cara mendekatka­n diri dengan masyarakat tanpa mengira jauh atau dekat dan penting masyarakat kenal SPRM serta mesej-mesej pencegahan rasuah sampai kepada masyarakat,” katanya.

KEJAR 17 di Sarawak bermula di Limbang pada 24 September lalu dan berakhir di Kota Samarahan pada 28 September ini dengan melibatkan 30 penunggang motosikal.

Antonio berharap aktiviti itu menjadi medium tahunan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam usaha memerangi jenayah rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa.

“Menerusi rogram ini secara tidak langsung SPRM dapat berinterak­si dengan lebih efektif menyampaik­an maklumat anti rasuah serta mempromosi usaha pencegahan­nya,” jelas beliau.

KEJAR 17 adalah anjuran bersama SPRM dan Pejabat Residen Bahagian Miri serta Gabungan Kelab Permotoran Bahagian Miri dengan slogan ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle’ (3J).

HadirsamaP­engarahSPR­M Sarawak Datuk Badrul Shah Norman, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini serta pegawai agensi kerajaan dan swasta.

 ??  ?? ANTONIO dan Badrul (sepuluh dan Sembilan kanan, barisan belakang) menunjukan tanda bagus sempena program KEJAR 17 di Miri.
ANTONIO dan Badrul (sepuluh dan Sembilan kanan, barisan belakang) menunjukan tanda bagus sempena program KEJAR 17 di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia