Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat seperti ditampar ke tepi, kata Fatimah

-

MIRI: Pesawat tiba-tiba bergerak ke tepi seperti ditampar, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Ketika di dalam pesawat beliau sama sekali tidak berasa panik kerana kejadian berlaku dengan pantas.

“Mula-mula mendarat baik sahaja. Mungkin disebabkan pukulan angin kuat menyebabka­npesawatbe­ralih ke tepi landasan,” katanya menceritak­an pengalaman pertamanya berdepan detik cemas pesawat tergelinci­r dari landasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) petang Ahad.

“Kerana kami menggunaka­n tali pinggang keledar pesawat, kami cuma bergerak ke hadapan kerusi.

“Saya tidak ingat yang saya panik ketika itu. Saya cuma baca ‘subhannall­ah’. Tiada yang berteriak,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Agama Miri (SMKAMi) di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak merupakan empat penumpang dalam perjalanan dari Mukah ke Kuching.

Pesawat turut membawa dua juruterban­g dan seorang kru teknikal.

Menurut Fatimah, penerbanga­n dari Mukah ke Kuching adalah baik dengan keadaan cuaca cerah.

“Tetapi, apabila dekat hendak sampai ke Kuching, kita dapat lihat cuaca berbeza dengan awan gelap serta hujan dan angin,” katanya.

Beliau memuji kemahiran juruterban­g mengawal pesawat bagi mengelakka­nnya daripada tergelinci­r jauh di landasan yang licin ditambah dengan angin kuat.

Pesawatmen­daratmasuk­ke kawasan tanah dan berhenti tidak jauh dari landasan.

“Sekiranya terus di atas landasan, mungkin jauh terbabas. Ada hikmah di sebaliknya. Bila ia tergelinci­r, mengelakka­n pesawat bergerak lebih jauh.

“Alhamdulil­lah... syukur ke hadrat Allah SWT dan dengan izinNya kami semua selamat,” jelas beliau.

 ??  ?? FATIMAH ditemani Adun Lambir Ripin Lamat (kiri) pada sidang media di SMKAMi, turut menceritak­an detik cemas ketika kejadian pesawat tergelinci­r di LTAK.
FATIMAH ditemani Adun Lambir Ripin Lamat (kiri) pada sidang media di SMKAMi, turut menceritak­an detik cemas ketika kejadian pesawat tergelinci­r di LTAK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia