Utusan Borneo (Sabah)

Usaha pembanguna­n tanah untuk kebaikan rakyat

Masyarakat diingat tidak memprotes usaha kerajaan bangun tanah mereka

-

KAPIT: Masyarakat luar bandar diingatkan supaya tidak memprotes usaha kerajaan membangunk­an tanah mereka.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata usaha itu adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk kepentinga­n kerajaan.

“Kerajaan tiada niat merampas tanah rakyat. Merampas tanah bukannya kerja senang.

“Selagi tanah itu atas nama pemilik tidak semudah itu dipadamkan atau ditukar milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Penanaman Pertama Kelapa Sawit Projek Pembanguna­n Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Batang Rajang/ Batang Baleh Ta Ann Pelita Baleh Sdn Bhd di Batu 3, Jalan 1, Bawai, Baleh pada Isnin.

Hadir sama Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelagus Wilson Nyabong Ijang, Pengarah Urusan Ta Ann Plantation Sdn Bhd Datuk Wong Kuo Hea, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Ta Ann Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Residen Bahagian Kapit Joseph Belayong, Pegawai Daerah Kapit Elvis Dindit, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan (ADC) Batang Rajang/Batang Baleh Penghulu Undie Bajai serta tetamu lain.

Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an itu berkata, rakyat tidak seharusnya mendengar anasir luar menghasut pemikiran mereka mengenai persepsi kerajaan merampas tanah apabila setiap kali kerajaan mahu membangunk­an tanah NCR.

Jelasnya, kerajaan bersungguh­sungguh mahu membangunk­an ekonomi rakyat seterusnya meningkatk­an taraf kehidupan mereka di luar bandar melalui projek tersebut.

“Corak kehidupan kita harus berubah, begitu juga dengan masa depan kita, anak-anak seterusnya cucu-cicit kita.

“Jangan mengamalka­n pemikiran lama yang sentiasa berfikiran sempit pada waktu dunia dalam arus

“Usaha itu adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk kepentinga­n kerajaan. Kerajaan tiada niat merampas tanah rakyat. Merampas tanah bukannya kerja senang. Selagi tanah itu atas nama pemilik tidak ” semudah itu dipadamkan atau ditukar milik. TAN SRI DATUK AMAR JAMES MASING Timbalan Ketua Menteri

pemodenan ketika ini,” jelasnya.

Adun Baleh itu berkata, projekproj­ek pembanguna­n tanah NCR banyak menguntung­kan rakyat sekali gus dapat mengubah corak kehidupan dan ekonomi mereka.

“Saya ingatkan bahawa jangan menyesal pada kemudian hari jika melihat orang lain hidup jauh lebih senang disebabkan memanfaatk­an projek ini,” katanya.

Masing turut merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada syarikat Ta Ann kerana membangunk­an tanah-tanah NCR di kawasan Batang Rajang/Batang Baleh dengan penanaman kelapa sawit.

Beliau berkata Ta Ann adalah satusatuny­a syarikat berani mengambil cabaran memulakan projek pertama di kawasan itu.

“Ini kerana permukaan tanah di sini berbukit-bukau, tambahan pula kita di Kapit turut mengalami masalah insfrastru­ktur jalan raya.

“Sebelum ini, saya sudah mengadakan perbincang­an serta mempelawa dua syarikat besar membangunk­an tanah NCR di sini namun mereka enggan disebabkan tiada jalan raya,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya projek ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain menikmati hasil dividen.

Beliau memberitah­u, beberapa kawasan tanah NCR milik rakyat dibangunka­n untuk projek sama seperti Hulu Oyan selepas ini, yang berpotensi untuk penanaman sawit.

Terdahulu, Undie berkata fasa pertama projek tersebut adalah merangkumi 2,184 hektar tanah NCR milik 22 rumah panjang dan bayaran telah diterima ialah RM921,292.80.

Nyabong yang turut berucap pada majlis tersebut berkata, projek itu diluluskan kerajaan pada 2008.

“Perjanjian untuk projek usaha sama antara syarikat terlibat dan pemilik tanah NCR ditandatan­gani pada 2016 melibatkan seramai 296 pemilik tanah NCR,” katanya.

 ??  ?? MASING (tiga kanan) diiringi Wong (kanan) melihat sawit pada Majlis Penanaman Pertama Kelapa Sawit Projek Pembanguna­n Tanah NCR di Kapit.
MASING (tiga kanan) diiringi Wong (kanan) melihat sawit pada Majlis Penanaman Pertama Kelapa Sawit Projek Pembanguna­n Tanah NCR di Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia