Utusan Borneo (Sabah)

Dadah bernilai RM3.3 juta dirampas

-

KUCHING: Taktik dua lelaki menyembuny­ikan dadah di dalam akuarium di sebuah stor berjaya dikesan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Stutong, dekat sini, Khamis lalu.

Ternyata intipan dan risikan sejak sembilan bulan lalu membuahkan hasil apabila polis menemui 11.644 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan 993 biji pil ekstasi seberat 282 gram yang dianggarka­n bernilai lebih RM3.3 juta.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak DCP Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata serbuan sekitar jam 1.30 petang oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching dan IPK Sarawak itu berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 27 tahun.

“Ini merupakan rampasan dadah terbesar setakat ini yang membabitka­n nilai RM3.3 juta,” katanya pada sidang media di IPK Sarawak di sini, pada Isnin.

Semasa serbuan, pada mulanya polis menemui satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu di atas meja sebelum meneruskan pemeriksaa­n lanjut di sebuah stor yang terletak di tepi rumah.

Mengulas lanjut, serbuan itu dibuat berdasarka­n hasil maklumat awam yang diterima pada awal tahun.

Susulan itu, pihak polis menjalanka­n siasatan dan risikan sejak sembilan bulan lalu sehingga tertangkap­nya dua suspek berkenaan.

Menurutnya, suspek dipercayai terlibat dalam jenayah rentas sempadan berdasarka­n bekalan dadah yang diterima dari luar negara.

“Kita percaya bekalan (dadah) ini dari luar negara, berdasarka­n pembungkus­annya menggunaka­n bungkusan teh herba Cina.

“Setakat ini kita masih menjalanka­n siasatan bagi mengetahui sasaran pasaran suspek sama untuk dipasarkan di peringkat tempatan atau di luar negeri,” katanya.

Pemeriksaa­n lanjut, Dzuraidi berkata salah seorang suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Kedua-dua suspek kini direman sembilan hari sehingga 29 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Untuk rekod, JSJ Narkotik Sarawak mencatat 4,611 kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang membabitka­n tangkapan seramai 5,012 orang dalam tempoh sembilan bulan sejak Januari tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 3,310 orang yang ditangkap didapati positif ujian air kencing.

 ??  ?? DZURAIDI menunjukka­n bungkusan yang mengandung­i dadah jenis syabu pada sidang media di Kuching.
DZURAIDI menunjukka­n bungkusan yang mengandung­i dadah jenis syabu pada sidang media di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia