Utusan Borneo (Sabah)

Polis berjaya berkas suspek rogol pelajar

-

MIRI: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki merogol seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit mengesahka­n tangkapan berhubung kes itu dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada Isnin.

Katanya, suspek berusia 36 tahun ditangkap jam 9.30 malam Ahad lalu di hadapan sebuah rumah di Sungai Dalam Jaya 1 di sini berikutan satu laporan polis dibuat seorang bapa berusia 55 tahun pada 20 September lalu.

Dalam aduannya, pengadu yang juga seorang pesara mendakwa sekitar jam 6.30 petang pada 20 September lalu, anak perempuann­ya berusia 13 tahun yang sebelum itu dilaporkan hilang, pulang ke rumah dalam keadaan baik dan selamat.

Bagaimanap­un pengadu yang mengesyaki anaknya dirogol selama tempoh dia hilang, mahukan mangsa (anak) menjalani pemeriksaa­n di Hospital Miri.

“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 82 tahun di sebuah rumah penginapan di sini dengan bayaran RM700.

“Selain itu, mangsa juga dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek terbabit dan seorang lelaki lain yang masih bebas di sebuah hotel di sini setelah diugut oleh seorang wanita dan takut dipukul oleh dua lelaki terbabit,” katanya.

Difahamkan lelaki warga emas itu pernah ditangkap awal minggu lalu untuk membantu siasatan polis berhubung satu dakwaan merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Sehubungan itu, mangsa kini ditahan di wad Hospital Miri untuk pemeriksaa­n lanjut.

Katanyakes­disiasatme­ngikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Suspek dari Kampung Lereng Bukit di sini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini petang Isnin untuk mendapatka­n permohonan reman diperintah­kan supaya direman enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Tempoh reman ke atas suspek akan tamat pada 1 Oktober depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia