Utusan Borneo (Sabah)

100 sertai Klinik Bola Sepak

Anjuran Biro Sukan Sabas dan PBBPS sempena Pesta Damas 2017

-

KINABATANG­AN: Sempena dengan sambutan Pesta Damas Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) baru baru ini, Biro Sukan Sabas turut mengadakan Klinik Sukan Bola Sepak yang disertai hampir 100 orang peserta terdiri dari kalangan belia dan kanak-kanak di padang bola sepak Majlis Daerah Kinabatang­an.

Pengerusi penganjurn­ya yang juga Pengerusi Biro Sukan Sabas Azman Mastar berkata, klinik tersebut adalah salah satu acara pengisian sambutan Pesta Damas yang berlangsun­g selama tiga hari ini di Dataran Tamu Pekan Baharu Sukau Kinabatang­an.

“Kilnik ini dianjurkan oleh Biro Sukan Sabas dengan kerjasama Persatuan Bekas Bekas Pemain Sabah (PBBPS) dan juga Kinabatang­an sebagai satu pendekatan memberikan pendidikan dan latihan kepada generasi muda dalam bidang sukan bola sepak,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian klinikk tersebut yang disempurna­kan oleh Presiden Sabas Dato Juhari Haji Janan.

Beberapa tokoh dan bekas bekas pemain Sabah yang terdiri

Wong sedang memberikan tunjukkan ajar cara mengawal bola kepada salah seorang perserta klinik.

“Kilnik ini dianjurkan oleh Biro Sukan Sabas dengan kerjasama Persatuan Bekas Bekas Pemain Sabah (PBBPS) dan juga Kinabatang­an sebagai satu pendekatan memberikan pendidikan dan latihan kepada generasi muda ” dalam bidang sukan bola sepak.

daripada Presiden PBBPS Datuk James Wong, bekas jurulatih Sabah Stenley Chew, Matlan Marjan, Azah Azerin dan Malim Surat turut memberikan bimbingan kepada para peserta yang menyertai klinik berkenaan.

Menurut Azman yang juga Timbalan Presiden PBBPS, selain Kejohanan Bola Sepak Bawah U-21 yang dianjurkan oleh persatuan tersebut yang kini sedang berlangsun­g di seluruh daerah, PBBPS juga mengorak langkah dan bersedia menjalin kerjasama dengan lain-lain persatuan untuk menganjurk­an klinik bola sepak di negeri ini.

“Di PBBPS kita mempunyai bekas-bekas pemain yang pernah beraksi di peringkat negeri dan kebangsaan dan juga jurulatih-jurultaih bola sepak yang boleh berkongsi pengalaman, di samping boleh membimbing bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak,” katanya.

Katanya, kegiatan seperti ini juga dapat membantu misi Ketua Menteri yang juga Presi-

diiringi oleh James bersalaman dengan bekasbekas pemain Sabah yang turut mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan Vateran Kinabatang­an sempana program itu.

den Safa Tan Sri DSP Musa Haji Aman untuk mengembali­kan mutu serta kecermalan­gan sukan bola sepak di negeri ini selain dapat mengakar umbikan kegiatan sukan bola sepak di kawasan luar bandar.

Terdahulu berucap merasmikan klinik tersebut Juhari yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha yang dilakukan oleh Biro Sukan Sabas menganjurk­an program tersebut amat dihargai.

Katanya, sokongan serta kesanggupa­n bekas-bekas pemain Sabah turun padang bagi memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada para peserta perlu dilihat sebagai satu komitmen mereka untuk membantu memperkasa­kan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri ini.

“Dalam mencapai misi mengembali­kan mutu serta pencapaian bola sepak di negeri ini, semua pihak perlu berkerjasa­ma menjayakan­ya tanpa bergantung sepenuhnya kepada usaha yang dilaksanak­an oleh Safa,” katanya.

Selain klinik bola sepak, pasukan bola sepak PBBPS juga turut mengadakan perlawanan bola sepak secara persahabat­an dengan pasukan Vateran Kinabatang­an.

 ??  ?? JUHARI
JUHARI
 ??  ?? JAMES
JAMES
 ??  ?? JUHARI (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kedua-dua pasukan PBBPS dan Vateran Kinabatang­an sebelum mereka mengadakan perlawanan persahabat­an.
JUHARI (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kedua-dua pasukan PBBPS dan Vateran Kinabatang­an sebelum mereka mengadakan perlawanan persahabat­an.
 ??  ?? PERSERTA klinik merakamkan gambar kenangan bersama Juhari dan pembimbing yang menjayakan program tersebut.
PERSERTA klinik merakamkan gambar kenangan bersama Juhari dan pembimbing yang menjayakan program tersebut.
 ??  ?? JAMES Wong menyampaik­an piala kepada Azman yang mengetuai pasukan PBBPS dalam perlawanan bola sepak persahabat­an bersama pasukan Vateran Kinabatang­an.
JAMES Wong menyampaik­an piala kepada Azman yang mengetuai pasukan PBBPS dalam perlawanan bola sepak persahabat­an bersama pasukan Vateran Kinabatang­an.
 ??  ?? ANTARA para peserta klinik bola sepak gigih menjalani latihan.
ANTARA para peserta klinik bola sepak gigih menjalani latihan.
 ??  ?? JUHARI (tengah) merakamkan gamar kenangan dengan pasukan PBBPS sebelum perlawanan persahabat­an bermula.
JUHARI (tengah) merakamkan gamar kenangan dengan pasukan PBBPS sebelum perlawanan persahabat­an bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia