Utusan Borneo (Sabah)

Persa juara Bolasepak 9 Sebelah sempena Hari Malaysia

-

TONGOD: Ketinggala­n 1-0 seawal minit kedua pada masa pertama tidak mematahkan semangat pasukan Persa untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Separuh masa pertama yang didominasi pasukan SEYC FC memecah kebuntuan dengan jaringan cantik Frekli Marius.

Pemain pertahanan kiri yang tidak dikawal rapat pemain Persa merembat masuk menewaskan penjaga gol Fredly Juakim.

Separuh masa kedua SEYC FC terus mendominas­i perlawanan yang diketuai Billy Dolinte yang juga bekas pemain Sabah namun sukar untuk menambah jaringan.

PasukanPer­saakhirnya­dapatmemec­ahkan kebuntuan dan menyamakan kedudukan hasil jaringan cantik di luar petak penalti oleh Appary Gani yang akhirnya mengheret perlawanan ke sepakan penalti seterusnya memberi kemenangan kepada Persa 5-4.

Pengerusi penganjur Jecky Jus mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada Felix Joseph Saang yang juga merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementeria­n Sains Teknologi Dan Inovasi Malaysia yang sudi hadir untuk merasmikan majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang seterusnya membantu memberi sumbangan ikhlas untuk menjayakan program ini dengan sukses sekali.

Felix Joseph Saang dalam ucapan perasmian penutupan mengucapka­n tahniah kepada pengerusi penganjur dan jawatankua­sanyayangb­erjayameng­anjurkan program ini dengan jayanya terutamany­a JKKK Kg. Sanan Jecky Jus dan Persatuan Belia Kg Sanan.

Menurutnya, kejohanan seperti ini amat baik sekali terutamany­a bagi menghindar­i gejala sosial yang semakin merisaukan.

Kejohanan ini telah disertai 28 pasukan melibatkan para belia Kg. Sanan, Entilibon dan Tongod.

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah Penyelia Masyarakat Erick Ukil, WKAN Naim Kimbagang, para pengerusi JKKK dan ketua-ketua kampung di sekitar Kg. Sanan.

 ??  ?? PASUKAN Persa menjuarai Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah sempena Hari Malaysia.
PASUKAN Persa menjuarai Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah sempena Hari Malaysia.
 ??  ?? FELIX ketika menyampaik­an ucapan.
FELIX ketika menyampaik­an ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia